Reka Grafik Iklan ‘Gempak’ Guna Canva

Kursus pendek bersijil melalui video berdurasi 3 jam ini memberikan panduan dan pendedahan kepada Reka Grafik Iklan ‘Gempak’ Guna Canva. Di mana anda akan belajar untuk menghasilkan beberapa jenis dan gaya iklan yang menarik dan efisien.

Canva merupakan satu aplikasi web dan mobile untuk menghasilkan pelbagai jenis design. Canva adalah percuma. Anda hanya perlu daftar untuk menggunakannya.
Walaupun terdapat Canva Pro yang berbayar, kursus ini akan memberi fokus kepada penggunaan Canva secara percuma.

Tenaga Pengajar:
Kursus ini dikendalikan oleh Imran Abdul Jabar, pengasas Sifoo.com yang berpengalaman dalam bidang grafik sejak tahun 1997 dan juga berpengalaman sebagai tenaga pengajar kursus, latihan serta pensyarah universiti.

Kursus ini mempunyai:

  • 20 lebih topik pembelajaran
  • Kombinasi bahan pengajaran berformat video, imej, teks, link dan pdf.
  • Video penerangan dan demonstrasi langkah demi langkah.
  • Terdapat lima latihan dengan gaya dan teknik yang berbeza.
  • Setiap latihan akan disediakan sekali bahan untuk peserta download.
  • Terdapat ruang untuk peserta bertanya, berbincang dan berkongsi hasil latihan.
  • Perkongsian kepada sumber-sumber grafik percuma yang boleh digunakan dalam projek grafik peserta.

Siapa yang patut sertai kursus ini?

  • Usahawan – Bisnes, Online, Home Business
  • Pereka Grafik
  • Staf Pemasaran
  • Pelajar Perniagaan & Pemasaran
  • Sesiapa sahaja yang berminat

Be the first to add a review.

Please, login to leave a review
Price:
RM189 RM99