Kursus Emas: Labur Atau Lebur

Kursus pendek secara rakaman bersijil berdurasi 2 jam ini akan membincangkan mengenai pelaburan emas. Dewasa ini, pelaburan emas semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Namun begitu, pelaburan emas perlu mendapat bimbingan agar tidak terbabas daripada landasan syariah.

Webinar dimulakan dengan pengenalan emas oleh fasilitator. Kemudiannya, penerangan hukum hakam mengenai pelaburan emas diterangkan oleh penceramah.

Kursus 2 jam ini akan memberikan kefahaman kepada masyarakat mengenai emas serta pelaburan yang mematuhi prinsip syariah.

Penceramah adalah Ustaz Dr. Ahmad Sufian Che Abdullah, Pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM).

Curriculum:
1. Pengenalan Emas

  • Perancangan Harta Peribadi
  • Wang Silam Dan Masa Depan
  • Pelaburan Vs Simpanan
  • Spread
  • Emas-Emas Pelaburan
  • Jenis Pelaburan / Simpanan

2. Hukum Hakam Pelaburan Emas

  • Sifat Emas Dalam Muamalat
  • Hukum Pelaburan Emas
  • Isu Syariah Dalam Jual Beli Fizikal
  • Zakat Emas
  • Zakat Perak

Setelah menyelesaikan topik ini, pelajar seharusnya dapat:
1. Memahami dan mengenali apa itu emas.
2. Memahami hukum hakam berkaitan emas.

Kursus ini sesuai untuk:
1. Pensyarah
2. Pelajar
3. Orang awam

Be the first to add a review.

Please, login to leave a review