Tatacara Wudhu, Solat Sempurna dan Rahsia Khusyuk Solat

Kursus bersijil yang berdurasi 3 jam setengah ini bertujuan untuk mengetengahkan cara-cara untuk mencapai kesempurnaan solat dan rahsia bagaimana mendapatkan khusyuk dalam solat. Kursus ini disampaikan oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman, Pengarah Urusan Elzar Shariah Solution Sdn Bhd.

Solat merupakan tunjang utama umat Islam sebagai pengabdian diri kepada Allah SWT. Pensyariatan solat amat istimewa berbanding ibadah yang lain. Ini kerana ibadah solat ini adalah amalan yang pertama akan dihisab dan ibadah ini diterima secara langsung oleh Nabi Muhammad SAW daripada Allah SWT di langit pada peristiwa agung iaitu isra’ dan mikraj. Menjadi kewajipan bagi kita sebagai seorang hamba untuk meningkatkan nilai dan mutu solat kita ke arah kesempurnaan. Terkadang perkara asas dalam solat dipandang enteng dan dianggap mudah sehingga berlaku pengabaian dan melakukannya seperti melepaskan batuk di tepi tangga tanpa cuba menyempurnakan dengan sebaik mungkin. Justeru, akan timbullah pelbagai kelemahan dalam menunaikan solat yang menjadi tiang seri dan rukun agama Islam yang utama.

SIAPA MESTI SERTAI KURSUS INI?
Kursus ini adalah sesuai kepada mereka dalam kalangan:
a. Ilmuan Shariah
b. Ahli Akademik
c. Pengkaji dan pelajar
d. Orang Awam

MEDIUM PERBINCANGAN
Penjelasan akan dibuat di dalam Bahasa Malaysia.

SIJIL LULUS
Di akhir kursus ini, peserta dikehendaki melengkapkan 90% daripada keseluruhan modul untuk melayakkan diri mendapatkan Sijil Pencapaian Khas.

Panduan Solat Sempurna

1
Wudhu dan Tatacara Solat
1.5 hours
Penjelasan versi ringkas padat dari Falsafah Solat, Wudhu & Tatacara Solat Sempurna

Rahsia Khusyuk Solat

1
Video Bahagian 1
30 minutes
  • Hakikat Khusyuk
  • Jenis-Jenis Khusyuk
  • Kaedah Khusyuk Secara Luaran
2
Video Bahagian 2
20 minutes

Kaedah Khusyuk Secara Dalaman

Persoalan Imam dan Makmum

1
Solat Berjemaah dan Kelebihannya
13 minutes
2
Keuzuran Solat Berjemaah
10 minutes
3
Syarat-Syarat Sah Solat Berjemaah
17 minutes
4
Persoalan Kedudukan Kanak-Kanak sebagai Imam dalam Solat Berjemaah
10 minutes
5
Persoalan Kedudukan Khunsa dalam Solat Berjemaah
12 minutes
6
Fadhilat Takbir Bersama Imam
10 minutes

Nota

1
Nota Panduan Solat Sempurna
61 pages
2
Nota Rahsia Khusyuk Solat
23 pages

Be the first to add a review.

Please, login to leave a review
Tatacara Wudhu, Solat Sempurna dan Rahsia Khusyuk Solat
Price:
RM99 RM59