Garis Panduan & Maklumat
Pertandingan Affiliate Mycourse.my

Cara Sertai :

1. Daftar secara percuma di page ini [
User Account - MyCourse ]
2. Klik Menu 'MyAffiliate' untuk melihat URL Khas masing-masing.
3. Salin dan sebarkan sebanyak mungkin dengan cara Copy Writing yang paling kreatif, mengempen mana-mana kursus yang terdapat di platform mycourse.my ini.
4. Anda sentiasa boleh melihat prestasi semasa anda di page 'MyAffiliate'
5. Pihak admin akan mempunyai rekod tepat dari tarikh peraduan sehingga tamat bagi menentukan pemenang.
6. Penganjur meletakkan syarat minima skor 'Affiliate Referral' dengan pencapaian jumlah terkumpul sebanyak RM 500 terkumpul dan ke atas untuk layak dinobat sebagai pemenang hadiah-hadiah utama.
7. Penganjur meletakkan syarat minima skor 'Affiliate Visit' dengan jumlah 1000 ( dan ke atas) visit terkumpul sepanjang tempoh peraduan, untuk layak dinobat sebagai Pemenang.

Terma & Syarat Peraduan

Terdapat dua (2) kategori peserta yang boleh menyertai peraduan:

Kategori Pertama:

Pemenang Referral Melanggan Kursus Terbanyak

Kategori Kedua:

Pemenang Referral Visit Terbanyak

________________________

Pemenang Referral Melanggan Kursus Terbanyak

Hadiah UTAMA x 1 pemenang: Sebuah Komputer DELL INSPIRON 15 3000 (3515) LAPTOP (RYZEN 5 3500U/ 8GB RAM/ 512GB SSD / 15.6″ FHD/ WIN 10) PRE-INSTALLED MICROSOFT

Hadiah KEDUA x 1 pemenang: Sebuah Komputer ASUS Dekstop AIO V222G-AKWA210T (PENTIUM J5040, 4GB, 256GB SSD, 21.5″ FHD, Integrated, W10-WHITE)

Hadiah KETIGA x 1 pemenang: Sebuah Samsung Galaxy A52s 5G ( SM-A528 )

Hadiah KEEMPAT x 2 pemenang: Philips Essential Airfryer XL (6.2L) HD9270/91

Pemenang Referral Visit Terbanyak

2 Pemenang: Huawei Tab 7.0 Inch Dual Sim ( 2GB RAM+16GB ROM ) Free Screen Protector + Flip Case + SIM Adapter + Touch Pen

Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar kepada bentuk lain ataupun dipindah milik kepada pihak ketiga. 

Sila baca Terma-terma dan Syarat-syarat ini dengan teliti sebelum anda menyertai peraduan ini. Dengan menyertai Peraduan, anda dianggap telah menerima Terma-terma dan Syarat-syarat dan bersetuju mematuhinya. Penganjur berhak untuk meminda Terma-terma dan Syarat-syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu.

 Terma dan Syarat

1.       “Peraduan Affiliate Kongsi dan Menang” dianjurkan oleh Myclass Technologies Sdn Bhd (“Penganjur”) dan berlangsung dari 13 Mac 2022 hingga 1 Mei 2022, 11:59 mlm. (“tempoh peraduan”).

2.       Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan peraduan ini).

3.       Penganjur berhak untuk menyingkirkan Peserta yang tidak mematuhi Terma & Syarat Peraduan ini atau jika Penganjur berpendapat bahawa Peserta gagal memenuhi apa-apa kriteria penyertaan Penganjur.

4.       Pekerja, pemegang saham, pegawai, pengarah, dan wakil Penganjur dan setiap daripada syarikat induk , ahli gabungan , bahagian anak syarikat, dan agensi pengiklanan mereka masing-masing, bersama-sama dengan ahli keluarga terdekat (tidak kira di mana mereka tinggal) dan mereka yang tinggal di kediaman yang sama dengan orang tersebut (sama ada mempunyai kaitan persaudaraan atau tidak), tidak layak menyertai Peraduan.

5.       Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Terma-terma, Syarat-syarat dan Notis Privasi yang dinyatakan di dalam borang ini. Peserta boleh menyerahkan lebih daripada satu penyertaan semasa Tempoh Peraduan. Walau bagaimanapun, setiap Peserta (jika dipilih sebagai pemenang) hanya berhak mendapat satu(1) Hadiah untuk Peraduan ini.

6.       Peserta menjamin, beraku janji dan bersetuju bahawa Penganjur mempunyai hak tunggal untuk menggunakan atau mengeksploitasi Penyertaan Peserta atau mana-mana bahagian daripadanya dalam sebarang dan semua bentuk perantara melalui apa-apa dan semua kaedah atau cara di seluruh dunia untuk tempoh penuh hak cipta termasuk semua pembaharuan bersama-sama dengan hak untuk memberi kuasa orang lain untuk berbuat demikian tanpa perlu membayar apa-apa imbuhan atau royalti kepada Peserta. Untuk mengelakkan keraguan, Penganjur tidak mempunyai kewajipan untuk menggunakan atau mengeksploitasi mana-mana bahagian daripadanya di mana penggunaannya adalah berdasarkan budi bicara mutlak Penganjur.

7.       Semua hak dan keistimewaan yang diberikan dalam ini kepada Penganjur tidak boleh dibatalkan dan tidak tertakluk kepada pembatalan, sekatan atau injunksi dalam sebarang dan semua keadaan. Peserta tidak akan dalam apa jua keadaan berhak mendapat relief injunksi atau sebaliknya menganggu penganjuran Peraduan, penerbitan, pengedaran, pameran dan/atau eksploitasi Peraduan dan/atau apa-apa produk berdasarkan dan/atau yang berpunca daripada Peraduan.

8.       Penganjur berhak menyingkirkan dan/atau mengecualikan Peserta dan/atau menarik baik Hadiah (pada mana-mana peringkat Peraduan) jika –

o    Peserta tidak layak atau tidak memenuhi kriteria kelayakan yang dibentangkan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat; atau

o    Peserta memungkiri Terma dan Syarat Peraduan atau melanggar apa-apa undang-undang atau peraturan yang berkuat kuasa; atau

o    Penganjur mendapati bahawa Peserta telah cuba menjejajaskan pengendalian Peraduan melalaui fraud, penipuan atau pendayaan.

 

9.       Jika berlaku penyingkiran selepas Hadiah diberikan, Penganjur berhak menuntut agar Hadiah dipulangkan atau pembayaran nilai yang bersamaan dengannya daripada Peserta yang disingkirkan.

10.   Jika berlaku penyingkiran selepas Hadiah diberikan, Penganjur berhak menuntut agar Hadiah dipulangkan atau pembayaran nilai yang bersamaan dengannya daripada Peserta yang disingkirkan.

11.   Jika berlaku penyingkiran selepas Hadiah diberikan, Penganjur berhak menuntut agar Hadiah dipulangkan atau pembayaran nilai yang bersamaan dengannya daripada Peserta yang disingkirkan.

Hadiah & Penebusan

  1. Setiap Pemenang yang terpilih hanya berhak memenangi satu (1) hadiah sahaja
  2. Semua hadiah diberikan atas dasar “seadanya” dan tidak boleh dipindahkan, ditukar, dan ditunaikan
  3. Peserta dikehendaki mengemukakan Bukti Identiti semasa/sebelum untuk tujuan penebusan hadiah.
  4. Bukti identiti yang diterima oleh Penganjur mestilah Kad Pengenalan Malaysia yang sah. Kegagalan untuk mengemukakan Bukti Identiti memberikan hak kepada Penganjur untuk menyingkirkan Peserta/Pemenang.
  5. Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui butir-butir hubungan atau nombor telefon yang diberikan semasa proses pendaftaran penyertaan affiliate.
  6. Sekiranya Peserta tidak dapat dihubungi selepas tiga(3) percubaan selama tiga (3) hari berturut-turut, atau jika berjaya dihubungi, memilih untuk tidak menerima hadiah, Penganjur berhak membatalkan kelayakan Peserta dan menarik balik hadiah, atau Peserta seterusnya yang layak boleh dipilih menurut budi bicara Penganjur.
  7. Majlis penyampaian hadiah akan diadakan untuk penyerahan semua hadiah kepada pemenang terpilih. Pemenang hendaklah menuntut hadiah mereka. Sekiranya Pemenang gagal menuntut hadiah mereka/ gagal mencalonkan wakil dalam tempoh masa yang diperuntukkan, Penganjur berhak menarik balik hadiah/memberikan hadiah kepada Peserta/Pemenang lain.
  8. Pemenang yang memerlukan wakil untuk menuntut hadiah bagi pihak mereka hendaklah memastikan bahawa wakil mengemukakan surat kebenaran yang ditandatangani oleh Pemenang, satu salinan Bukti Identiti Pemenang, dan Bukti Identiti wakil.
  9. Penganjur tidak menjamin ketersediaan hadiah dan Penganjur berhak untuk menggantikan sebarang hadiah dengan apa-apa hadiah yang serupa nilainya seperti yang ditentukan oleh Penganjur, agennya atau penajanya.
  10. Semua Hadiah yang diberikan oleh Penganjur adalah atas dasar “seadanya” dan diterima oleh Peserta tanpa apa-apa jenis waranti atau jaminan, sama ada nyata atau tersirat. Jika diminta oleh Penganjur, Peserta hendaklah menyempurnakan surat ikatan perlepasan dan tanggung rugi dalam bentuk yang ditetapkan oleh Penganjur.
  11. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindahmilik, mesti digunakan dalam tempoh masa yang ditetapkan (yang mana berkenaan) dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai.
  12. Dengan mengambil bahagian dalam peraduan ini, anda telah bersetuju untuk membenarkan penganjur mengumumkan nama para pemenang dan/atau menyiarkan foto pemenang sebagai pemenang hadiah di dalam pengumuman pemenang kami.
  1. Keputusan Penganjur adalah muktamad dan tidak dapat diubah lagi. Sebarang rayuan tidak akan dilayan sama sekali. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang dakwaan oleh anda atau dakwaan daripada pihak ketiga atau kehilangan dalam segala bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kerugian harta benda, sesuatu yang tidak memenuhi jangkaan, kesan yang membebankan, kerosakan secara tidak langsung, secara khusus, secara kebetulan, atau secara turutan atau bagi kerosakan-kerosakan yang lain dan sebarang dakwaan dalam segala bentuk, termasuk secara langsung, secara tidak langsung, oleh pihak ketiga, secara turutan atau kerosakan-kerosakan lain yang terhasil daripada atau mempunyai kaitan dengan Peraduan ini.
  2. Penganjur meletakkan syarat minima skor ‘Affiliate Referral’ dengan pencapaian jumlah terkumpul sebanyak RM 500 terkumpul dan ke atas untuk layak dinobat sebagai pemenang hadiah-hadiah utama.
  3. Penganjur meletakkan syarat minima skor ‘Affiliate Visit’ dengan jumlah 1000 ( dan ke atas) visit terkumpul sepanjang tempoh peraduan, untuk layak dinobat sebagai Pemenang.
 

HAK PENGANJUR

1.       Penganjur berhak menerbitkan dan menggunakan nama, gambar,imej, yang diserahkan oleh Peserta/ Pemenang atau terhadap Peserta/Pemenang bagi tujuan pengiklanan, pemasaran, publisiti dan/atau apa-apa tujuan lain, tanpa sebarang notis terdahulu atau pampasan kepada Peserta/Pemenang. Pemenang tidak berhak menuntut pemilikan atau bentuk pampasan lain terhadap penggunaan bahan tersebut 

2.       Sebagai balasan bagi Penganjur menawarkan peluang kepada Peserta untuk menyertai Peraduan, Peserta dengan ini secara tidak bersyarat, tidak boleh membatal persetujuannya untuk memberikan kebenarannya untuk perkara tersebut. 

3.       Penganjur dibenarkan menggunakan nama, imej, atau gambaran yang serupa dengan Peserta bagi tujuan penyuntingan, pengiklanan, promosi, pemasaran dan/atau tujuan lain tanpa notis lanjut atau pampasan. Semua kos kehadiran dan penyertaan Peserta hendaklah ditanggung oleh Peserta dan Penganjur tidak betanggungjawab menanggung apa-apa kos perbelanjaan, gaji atau pampasan kepada Peserta. 

4.       Peserta bersetuju bahawa semua bahan yang diserahkan oleh Peserta untuk Peraduan ini menjadi milikan Penganjur. Jika berkenaan, hak cipta dan semua hak harta intelek (termasuk hak moral) yang wujud dalam semua bahan termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan digital (contohnya: video dan imej) akan menjadi milikan Penganjur setelah diserahkan. 

5.       Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya, untuk menggunakan dan mengeksploitasi Harta Intelek melalui mana-mana kaedah atau perantara dan dalam apa jua cara dan pada bila-bila masa yang dianggapnya wajar tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran atau menuntut apa-apa pembayaran pun jua kepada Peserta dan/atau pemenang Peraduan dan/atau wakil. 

6.       Penganjur berhak menurut budi bicara tunggalnya, menyingkirkan mana-mana Peserta yang mengeksploitasi dan menganggu mekanisme, sistem, perisian Peraduan atau apa-apa proses lain berkaitan dengan Peraduan ini. 

7.       Penganjur berhak menyingkirkan mana-mana Peserta dan/atau penyertaan yang didapati tidak sopan atau tidak sesuai untuk tatapan umum atau didapati atau disyaki menipu/menggodam/mengusik proses penyertaan Peraduan, pengendalian Peraduan ini. 

8.       Penganjur berhak untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayainya terlibat dalam aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang memudaratkan Peraduan, Penganjur atau proses penyertaan Peraduan. 

LIABILITI & TANGGUNGJAWAB

  • Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua kos pengangkutan, caj internet, kos peribadi dan/atau sebarang kos, fi lain dan/atau apa jua jenis perbelanjaan yang ditanggung oleh Peserta berhubung dengan Peraduan ini (sama ada bagi tujuan memasuki, menyertai, atau menerima apa-apa manfaat atau hadiah daripada Peraduan) atau bagi tujuan penebusan hadiah atau perjalanan yang berkaitan adalah tanggungjawab Pemenang semata-mata. Penganjur, ahli gabungan, agen sah atau agensi sertaannya tidak akan bertanggungjawab untuk kos/caj/fi/perbelanjaan ini.
  • Penganjur, ahli gabungannya, pihak ketiga yang dibenarkan dan agensi sertaan tidak akan bertanggungjawab atas penyertaan yang hilang, rosak, terlewat disebabkan perkhidmatan pos atau disebabkan kesilapan computer, IT atau apa-apa kesilapan teknologi. Peserta bertanggungjawab memastikan penyertaannya mematuhi semua peraturan dan terma dan syarat Peraduan, dan bahawa penyertaannya diterima oleh Penganjur dalam bentuk yang dikehendaki oleh Penganjur.
  • Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta bersetuju ,melepaskan dan memastikan Penganjur, ahli gabungan dan agensinya, dan pekerja, pengawai, pengarah dan wakil mereka tidak dipertanggungjawabkan atas sebarang tuntutan, kerugian atau ganti rugi berbangkit daripada atau berhubung dengan penyertaan mereka dalam Peraduan(termasuk tetapi tidak terhad pada apa-apa kesilapan dalam mengira apa-apa transaksi, sebarang kerosakan atau kepincangan mana-mana sistem computer atau peralatan), apa-apa aktiviti berkaitan Peraduan dan penerimaan dan/atau (pengunaan, penyalahgunaan, atau milikan apa-apa hadiah yang diberikan di bawah ini.
  • Semua kos yang ditanggung oleh Peserta berhubung dengan Peraduan dan Hadiah, termasuk tanpa had, caj pos atau caj Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP)(jika berkenaan), kos pengangkutan, caj komunikasi, penginapan, kos makanan dan kos berkaitan lain yang ditanggung oleh Peserta disebabkan oleh dan/atau selaras dengan penyertaannya dalam Peraduan, kos pungutan dan kos tambahan berkaitan dengan hadiah iaitu kos insurans, yuran pendaftaran kenderaan, cukai jalan dan lain hendaklah ditanggung semata-mata oleh Peserta. Penganjur tidak mempunyai apa-apa kewajipan untuk membayar balik Peserta untuk sebarang kos dan perbelanjaan yang ditanggung terhadapnya.
  • Peserta mengakui bahawa penyertaannya dalam Peraduan adalah atas risikonya sendiri.
  • Penganjur, agen, penaja, wakil, ahli gabunganya dan pengarah, pegawai dan pekerja, agen dan penerima serah hak mereka masing-masing tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta berhubung dengan:apa-apa kegagalan untuk memenangi Hadiah dalam Peraduan , Hadiah yang cacat disebabkan kecuaian, tindakan dan/atau ketinggalannya atau penyalahgunaan Hadiah atau sebarang kerugian, ganti rugi, kos perbelanjaan, tuntutan, liabiliti, kecedaraan , kematian , kemalangan yang dialami oleh Peserta semasa Peraduan atau berbangkit daripada atau berhubung dengan Peraduan, penyertaan Peserta dalam Peraduan dan/atau Hadiah yang diberikan apa-apa kelewatan dan/atau kegagalan untuk menerima dan menghantar Penyertaan Peraduan akibat sebarang kerosakan rangkaian, komunikasi, ISP atau sistem, gangguan dan/atau kegagalan yang dialami oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi Penganjur atau Peserta dan/atau diakibatkan oleh penyertaan atau langkah memuat turun apa-apa bahan dalam Peraduan.DELL INSPIRON 15 3000 (3515) LAPTOP (RYZEN 5 3500U/ 8GB RAM/ 512GB SSD / 15.6″ FHD/ WIN 10) PRE-INSTALLED MICROSOFT1 Mei