Pengenalan Asas Pelaburan Saham Patuh Shariah

Kursus pendek bersijil melalui video hampir 5 jam ini memberikan panduan dan pendedahan asas-asas pelaburan saham bagi mereka yang zero ilmu berkaitan syarikat, saham, dan konsep Shariah serta isu judi dan spekulasi dan banyak lagi. Kursus ini dikendalikan oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Pengarah Urusan, Elzar Shariah Solution, Pengasas ShariahScreener.com, Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja., Malaysia. Antara TOPIK-TOPIK YANG AKAN DIPELAJARI

1. Definisi saham
2. Pengenalan Kaunter saham
3. Perbezaan dan ciri syarikat tersenarai awam
4. Bursa Malaysia dan peranannya
5. Penerangan berkenaan Akaun trading, Available Trading Limit & Trust Amount
6. Kaedah mudah memulakan jual beli saham
7. Kaedah memasukkan wang modal ke ‘trading account’ dan cara mengeluarkannya.
8. Status hukum perdagangan saham
9. Penjelasan elemen perjudian dalam saham
10. Keuntungan dan kerugian dalam pelaburan saham
11. Ketiadaan jaminan modal dalam pelaburan saham
12. Kelebihan sesebuah syarikat disenaraiawamkan
13. Perbezaan menikam nombor ekor dan pelaburan saham
14. Asas Analisa teknikal dan ia bukan ilmu ramalan nasib

Di akhir kursus ini, sekiranya anda telah mengikuti 90 % dari pengisian dan nota, anda akan beroleh sijil pencapaian khas.

Be the first to add a review.

Please, login to leave a review
Price:
RM89