Memahami & Penyediaan Laporan Kewangan & Akaun Syarikat [For Non Financial Managers]

Kursus rakaman berdurasi 5 jam ini memberi penerangan mengenai asas perakaunan dan cara membaca financial statement atau penyata kewangan syarikat kepada pengurus/individu yang bukan berlatarbelakangkan pengurusan akaun atau kewangan.

 

Kenapa anda perlu mengikuti kursus ini:

  • Sebagai pegurus perlu memahami akaun dan asas membaca financial statement untuk meletakkan hala tuju unit & bajet unit.
  • Supaya tidak ditipu staff atau penasihat syarikat
  • Supaya dapat memahami repot audit dan penyata kewangan syarikat.
  • Supaya dapat memahami keadaan syarikat untung atau rugi
  • Bagi pelabur supaya boleh memahami laporan penyata syarikat laburan saham.

Kursus ini merangkumi topik-topik ini

  1. Introduction To Accounting
  2. Asset, Liabilities, & Owner Equity
  3. Chart Of Account
  4. Understanding Financial Account
  5. Accounting Cycle
  6. Budgeting
  7. Cash Flow
  8. Financial Statement Analysis

Siapa yang sesuai untuk mengikuti kursus ini:

  1. Pengurus bukan kewangan & perakaunan
  2. Pemilik bisnes
  3. Pelajar
  4. Pemilik Start up

Speaker:

Dr. Normazilah Mahzan ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akauntan Malaysia dan kini berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Eksekutif BIMB Securities Sdn Bhd, ahli Lembaga Pelaporan Rangka Kerja Bersepadu Yayasan Pelaporan Nilai. Di MIA beliau mengetuai tranformasi sistem pengurusan, penggunaan teknologi, peningkatan tadbir urus, penjenamaan, dan menerajui pelan strategik, operasi dan kewangan untuk memastikan keberkesanan dan kecekapan. Beliau adalah ahli Majlis MIA, ahli Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia, ahli Lembaga Gabenor untuk Institut Juruaudit Dalaman, ahli Majlis Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia, dan Bendahari Kehormat dengan Persatuan Ekonomi Malaysia. Beliau adalah ahli MIA, MICPA dan ASEAN CPA, rakan CGMA felo anda pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatankuasa MIA dan MICPA dan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan MIA sejak 2016. Sebelum MIA, beliau adalah Pengarah Graduan Universiti Malaya Sekolah Perniagaan. Pengalaman korporat beliau meliputi pelbagai industri termasuk pembangunan dan pembinaan hartanah, perbankan, amanah saham, perdagangan dan pembuatan. Dr Nurmazilah ialah Juruaudit Dalaman Bertauliah dan memegang Pengurusan Risiko & Jaminan Bertauliah.

 

Dr Zaharuddin Abd Rahman ialah Pengarah Urusan Pengasas Elzar Group of Companies, Elzar Shariah Solutions Sdn. Bhd, Myclass Technologies Sdn. Bhd., Zaz Software Sdn Bhd, Aaalim Aulad Islamic Preschool, MyDental Care, Shah Alam, Urban Mobility Asia dan syarikat solar PV, Suria and Sonne Sdn. Bhd. Beliau juga kini berkhidmat sebagai Profesor Adjung di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Selangor (UNISEL), sama seperti sebelum ini di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

Be the first to add a review.

Please, login to leave a review
Memahami & Penyediaan Laporan Kewangan & Akaun Syarikat [For Non Financial Managers]
Price:
RM250