Kursus pendek bersijil melalui rakaman video hampir 5 jam ini memberikan panduan dan pendedahan terhadap konsep perakaunan dan aplikasinya dalam perniagaan yang distrukturkan khas bagi mereka yang bukan dari latar belakang Perakauanan atau Perniagaan. Modul ini juga akan menerangkan tentang proses penyediaan penyata akaun dan jenis-jenis penyata kewangan yang sering digunakan dalam pelbagai jenis dan kelas perniagaan.
Amat jarang kedapatan kursus atau kelas berkaitan Financial Accounting For Non-Financial Managerial yang dijalankan di dalam Bahasa Malaysia. Atas kesedaran tersebut, pihak kami memperkenalkan Modul Kursus Financial Accounting For Non-Financial Manager ini dengan bimbingan Subject Matter Expert, Dr Nor Asiah Yaakob dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mempunyai pengalaman lebih 11 tahun dalam mengajar subjek perakaunan. Ia adalah program khas yang disusun untuk platform e-learning myclaaz.com dan mycourse.my.
PADA AKHIR KURSUS INI, PARA PESERTA AKAN DAPAT MEMAHAMI:
· Kepentingan perakaunan dalam perniagaan.
· Proses penyediaan penyata perakaunan dan jenis-jenis penyata yang sering digunakan dalam pelbagai jenis dan kelas perniagaan.
· Tujuan dan kepentingan penyediaan bajet dan aliran kewangan sebagai perancangan perniagaan dan alat pemantau untuk sumber kewangan perniagaan.
· Cara menganalisa pencapaian syarikat dengan menggunakan maklumat perakuanan untuk tujuan membuat keputusan.
· Topik-topik yang berkaitan dengan perakaunan yang perlu diketahui oleh para peserta.
TAJUK-TAJUK YANG AKAN DIBINCANGKAN:
1. Introduction to Accounting
2. Accounting Equation & Chart of account
3. Preparation of Financial Statements
4. Financial Planning
5. Financial Statement Analysis
6. Other Accounting Topics