Konsep & Aplikasi Saham Keutamaan (Islamic Preference Shares)

Kursus melalui video hampir 2 jam ini memberikan panduan dan pendedahan dan analisa pelbagai ciri Saham Keutamaan dari Perspektif Praktikal dan Sharīʿah. Ini juga bertujuan untuk mengkaji isu-isu Sharīʿah yang timbul dari Saham Keutamaan dan seterusnya mencadangkan penyelesaian untuk masalah yang dikenal pasti yang akan membantu dalam menyusun Saham Keutamaan Islam. Beberapa ciri Saham Keutamaan konvensional, seperti jaminan modal, pembahagian kerugian yang tidak seimbang dengan sumbangan modal, keuntungan tetap, jaminan keuntungan dan melepaskan hak (hak) sebelum merealisasikan keuntungan atau sabitnya hak, boleh menjadikannya instrumen Sharīʿah yang tidak patuh. Kaedah perlaksanaan Tanazul, Wa’d turut dibincangkan. Kursus ini menawarkan 5 CPE points bagi mereka yang menamatkan kursus ini dengan kelayakan penuh.

Bagaimana syarikat Sendirian Berhad atau Berhad ingin mendapatkan dana untuk berkembang ke depan ? mengelakkan bertambahnya hutang dan merisikokan hayat syarikat ? Gunakan instrumen Islamic Preferences Shares.

Maka salah satu cara fund raising business syarikat adalah melalui penerbitan instrumen Preference Shares (Saham Keutamaan) yang diterbitkan dan distruktur secara patuh Shariah.
Pelajari dan ketahui beberapa ciri utama dan kaedah menstruktur serta fungsi instrumen pelaburan ini dari perspektif Islam, konsep, kontrak dan syarat-syarat kepada kepatuhan Shariah melalui program ini.

Amat jarang kedapatan kursus atau kelas berkaitan Islamic Capital Market dan produk-produknya yang dijalankan di dalam Bahasa Malaysia. Atas kesedaran tersebut, pihak kami Kursus Pengenalan Asas Intrumen Saham Keutamaan ( Islamic Preference Shares).

SIAPA MESTI SERTAI KURSUS INI

Pengisian adalah sesuai untuk mereka yang terlibat di dalam industri kewangan Islam dari kalangan :
– Ilmuan Shariah
– Penstruktur IPRS dari kalangan industri
– Syarikat Korporat
– Pengkaji dan pelajar
– Pelabur

TOPIK DAN MEDIUM PERBINCANGAN

Penjelasan akan dibuat di dalam Bahasa Malaysia bagi memberi peluang aplikasi instrumen pelaburan ini dapat difahami sebaiknya bagi mereka yang baru atau sedang mendalaminya serta tidak bersedia dengan istilah-istilah di dalam bahasa Inggeris yang menyukarkan kefahaman awam yang kurang mahir.

Antara Topik yang akan dibincangkan :
1. Saham Keutamaan Patuh Shariah
2. Perbezaan dan persamaan Saham keutamaan dan saham biasa
3 Pengenalan & Keperluan
4. Kontrak digunapakai
5. Ekuiti atau Hutang
6. Ciri-ciri utama
7. Penstrukturan Patuh Shariah & Syarat
8. Jaminan Modal / Untung dalam Saham Keutamaan

KUIZ RINGKAS DAN SIJIL LULUS 
Di akhir kursus  ini, pelajar dikehendaki menjawab 5 soalan kuiz bagi memastikan kefahaman, mereka yang lulus akan layak mendapatkan Sijil Pencapaian Khas

RINGKASAN DALAM BAHASA INGGERIS
The purpose of this course is to analyze the different features of preference shares from practical and Sharīʿah perspectives. It also aims to study Sharīʿah issues arising from preference shares and to subsequently propose solutions for identified issues that will help in structuring Islamic preference shares. Several features of conventional preference shares, such as capital guarantee, loss sharing disproportionate to capital contribution, fixed profit, profit guarantee and waiver of rights before realization of profit, make them a Sharīʿah non-compliant instrument.’

AKREDASI: 5 MATA CPE

Sekiranya anda seorang pemegang Lesen CMRSL dan ERP, anda boleh menuntut mata CPE anda dengan menghubungi kami di elzarshariah@gmail.com atau 011-2067 7990.

Be the first to add a review.

Please, login to leave a review
Konsep & Aplikasi Saham Keutamaan (Islamic Preference Shares)
Price:
RM499 RM199