Kursus Ternakan Ayam Daging Secara Online

Kursus secarara rakaman berdurasi  hampir 6 jam ini akan memberi peluang kepada mereka yang ingin menceburi industri ternakan ayam daging untuk mengetahui bidang ini secara detail. Semua maklumat yang diberikan adalah berdasarkan real case study. Bukan sekadar teori.

Anda akan memahami a to z mengenai bisnes ternakan ayam daging secara terus dari failitator yang berpengalaman dalam industri ini sejak 2005 lagi dengan kapasiti 120,000 ekor ayam daging semusim.

Kesimpulannya, kursus ini dapat mengelak bakal penternak dari melanggar dinding melakukan kesilapan itu dan ini yang sudah dilakukan oleh penternak terdahulu. Ketahui do and don’t dalam industri ayam ini.

 

Kesemua topik yang dipilih adalah topik yang akan membantu bakal usahawan ayam daging untuk menceburi bidang ini.

Video 1-5 Dikongsikan mengenai apa kebaikan bisnes ayam daging dan mengapa ia satu bisnes yang sangat bagus. beliau juga kongsikan pengalaman peribadi dalam industri bagaimana bermula dari 27,000 ekor ayam sehingga 120,000 ekor ayam.

Video 6-9 Perkongsian mengenai perkara asas yang perlu tahu kalau nak memulakan bisnes ayam ini. Dikongsikan juga sistem contract farming dan bagaimana nak cari integrator terbaik di kawasan bakal penternak.

Video 10-14 Cara mendapatkan duit untuk memulakan bisnes ayam ini. Diberikan juga contoh kertas kerja untuk apply loan bank. Juga pendedahan kepada kos kos yang terlibat dalam nak memulakan bisnes ayam daging ini.

Video 16-19, Keuntungan yang diperoleh penternak dan R.O.I untuk bisnes ayam ini.

Video 20-24 Pengalaman para penternak ayam yang lain & apa yang perlu diketahui oleh bakal penternak ayam yang lain.

 

Objektif Kursus Ini

  1. Membantu penternak baru yang berminat nak menceburi industri ternakan ayam daging
  2. Memudahkan bakal penternak membuat “feasibility study” tentang kesesuaian mereka menceburi bidang ternakan ayam daging
  3. Panduan a to z macam mana cara nak bermula
  4. Mengelakkan bakal penternak membuat kesilapan ketika bermula yang mengakitbakan kerugian ratusan ribu ringgit nanti
  5. Mengetahui kos terlibat bagi memulakan bisnes ini

 

In total ada 32 video kesemuanya.

Pendek kata, video ini saya buat berdasarkan pengalaman saya bertemu dengan ramai bakal penternak. Soalan yang mereka selalu tanya, saya masukkan dalam video video ini bagi memudahakn bakal penternak baru seperti anda nak study pasal bisnes ini.

Kalau anda tanya adakah Video ini bagus? Of course bagus.

Melalui video ini, anda tak perlu lagi bersusah payah nak cari ilmu ilmu ini di merata tempat. Saya dah susun kesemuanya sebagai satu modul kepada anda.

Jika anda SERIUS nak belajar, nak tahu. Then this is the real place to learn.

Alhamdullilah. Saya dapat banyak feedback positif dari mereka yang dah join. Insya Allah, kursus ini dapat membantu anda juga.

 

Berapa Harga Kursus Online Ini?

Sejujurnya, apa yang anda rasa selepas mengetahui harga kursus ini akan menentukan sama ada anda layak atau tidak nak buat bisnes ayam ini.

Harga saya tawarkan RM300 sahaja. To be frank, ramai penternak ayam lain cakap harga ni murah. Nak banding dengan ilmu dan pengalaman yang saya kongsikan.

Jika bila anda tengok harga ni RM300 dan anda rasa MURAH. Itu ciri pertama anda boleh ternak ayam daging.

Jika bila anda tengok harga RM300 dan anda rasa MAHAL. Then itu ciri pertama bisnes ayam daging kurang sesuai dengan anda.

Ok, saya nak bagi tahu anda. Untuk anda nak buat projek yang nilainya ratusan ribu ringgit dan mungkin jutaan ringgit, apalah sangat nilai RM300 untuk anda nak study kesesuaian projek ini dengan anda.

Jika projek ini sesuai, then anda boleh proceed ke step seterusnya.

Jika anda tonton video ini, then anda rasa ia tidak sesuai. At least anda tak buang masa dan duit anda. Anda boleh terus buat bisnes lain.

 

Meh saya story sikit mengenai Cukai Kebodohan yang dibayar oleh penternak lain disebabkan kesilapan yang mereka buat semasa nak memulakan bisnes ayam daging.

1. Penternak ni salah pilih tempat. Buat reban ayam di tempat berbukit. Walau sudah dinasihati tanah itu tak sesuai, tapi dia berdegil. Akhirnya, tanah runtuh semasa pembinaan dan tak boleh bela ayam. Cukai kebodohan beliau RM200,000.

2. Ada penternak buat reban ayam sekitar RM300,000. Kemudian tersalah pilih tanah. Dah masuk dua pusingan, terpaksa berhenti. Cukai kebodohan beliau RM300,000. Apa mistake yang beliau buat? Ada dalam video ini.

3. Ada penternak buat reban ayam jutaan ringgit, tapi ada satu mistake kecik buat. Tak boleh ternak ayam di reban ini. Apa mistake beliau? Ada dalam video video ini.

 

Diakhir Kursus Ini Anda Akan

  1. Ketahui detail mengenai perjalanan bisnes ternakan ayam daging
  2. Membuat penilaian tentang kesesuaiana menceburi bidang ini
  3. Mengetahui kos kos terlibat bagi memulakan bisnes ini

 

1
Overview Video
8 Minutes

Sila tekan untuk preview tanpa pembelian.

2
Pengenalan Bisnes Ternakan Ayam Daging
5 Minutes
3
10 Sebab Mengapa Ayam Daging Satu Bisnes Yang Bagus
9 Minutes
4
Bagaimana Saya Terjebak Dalam Bisnes Ayam Daging
3 Minutes
5
Pandangan Saya Pasal Industri Ayam Selepas 15 Tahun
10 Minutes
6
Bagaimana Saya Kembangkan Bisnes Dari 27k Ayam Ke 120k Ayam Semusim
16 Minutes
7
4 Perkara Asas Nak Mulakan Bisnes Ayam Daging
9 Minutes
8
Sistem Contract Farming Dalam Industri Ayam Daging
10 Minutes
9
Tips Cari Integrator Terbaik Di Kawasan Anda
10 Minutes
10
Tips Memilih Tanah Untuk Ternakan Ayam Daging
15 Minutes
11
Cara Cari Modal Nak Mulakan Bisnes Ayam Daging
18 Minutes
12
Loan Agrobank Apa Anda Perlu Tahu
17 Minutes
13
Panduan Buat Kertas Kerja Nak Buat Loan Ayam
14
Kos Asas Nak Memulakan Bisnes Ayam Daging
19 Minutes
15
Kos Reban Ayam Mengikut Design
13 Minutes
16
Bagaimana Reban Ayam Sistem Tertutup Berfungsi
8 Minutes
17
Berapa Untung Seekor Bela Ayam Daging
14 Minutes
18
Tips Meningkatkan Keuntungan Dari Ternakan Ayam Daging
14 Minutes
19
R.O.I Bisnes Ternakan Ayam Daging
7 Minutes
20
Harga Kontrak Ternakan Ayam Daging Dan Kiraan Untung
5 Minutes
21
7 Kesilapan Besar Penternak Yang Mengakibatkan Kerugian Jutaan Ringgit
16 Minutes
22
Rahsia Kejayaan Penternak Ayam Lain
14 Minutes
23
Kisah Penternak Ayam Melayu Terbesar Di Malaysia
10 Minutes
24
Mengapa Ada Penternak Yang Gagal Dalam Bisnes Ayam Ini
11 Minutes
25
Cabaran Yang Dihadapi Oleh Penternak Lain
23 Minutes
26
Side Bisnes Ternakan Ayam Daging
7 Minutes
27
Macam Mana Nak Cari Kontraktor Reban Ayam
10 Minutes
28
Exit Plan Bisnes Ternakan Ayam Daging
6 Minutes
29
Jangan Ternak Ayam Daging Kalau
9 Minutes
30
Saya Tak Ada Duit, Saya Nak Buat Apa
9 Minutes
31
Boleh Tak Nak Mula Ternak Ayam Pada Skala Kecil
8 Minutes
32
Boleh Tak Ternak Ayam Berperingkat Dalam Satu Reban
4 Minutes
33
Penutup Dan Kesimpulan Kursus Ternakan Ayam Daging Sistem Reban Tertutup
6 Minutes

Be the first to add a review.

Please, login to leave a review
Kursus Ternakan Ayam Daging Secara Online
Price:
RM300