Kemahiran & Panduan Keibubapaan Mithali

Kursus online dengan sijil pencapaian di akhirnya ini adalah dari rakaman majlis ilmu merangkumi 10 jam sesi ilmu diketuai oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan 4 orang ilmuan lagi dalam satu program serta menyentuh 5 topik penting untuk menjadi ibubapa yang baik.

Ilmuan yang terbabit adalah Dr Zaharuddin Abdul Rahman, Dr Nawar Ariffin, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohammad, Dato’ Dr Norhafizah Musa. Kursus ini memberikan panduan dan pendedahan tentang pelbagai cara-cara untuk mendidik anak-anak dan menjadi ibubapa yang baik. Antara Topik yang dibincangkan adalah Pendidikan dan Perancangan Kewangan Anak, Kesihatan Mental dan Fizikal Anak, Tanggungjawab Hakiki Mendidik Anak, Tips Anak Cemerlang Dalam Pelajaran dan Kaedah Mentarbiah Anak

Pengenalan

Anak-anak adalah pelapis kepada sesebuah negara. Mendidik anak-anak bukanlah satu tanggungjawab yang boleh digalas dengan mudah, ia memerlukan perancangan yang rapi. Oleh sebab itu, sebuah konvensyen dimana para ilmuan boleh berkongsi pandangan mereka di dalam satu majlis ilmu haruslah dibuat agar masyarakat dapat memperolehi ilmu secara langsung daripada pakar. Melalui program Konvensyen Fiqh: Ibubapa Mithali ini, para ilmuan tersebut dapat berkongsi ilmu mereka untuk disebarluaskan kepada masyarakat.

Objektif

  • Mendidik ibubapa untuk menjadi lebih cakna dalam perkembangan kanak-kanak.
  • Memastikan anak-anak mendapatkan pendidikan terbaik ketika proses pembesaran mereka.
  • Melahirkan generasi yang lebih baik untuk masa hadapan.

Di dalam kursus ini anda akan mempelajari:

  1. Fiqh Pendidikan dan Perancangan Kewangan Anak.
  2. Kesihatan Mental dan Fizikal Anak.
  3. Tanggungjawab Hakiki Mendidik Anak.
  4. Tips Anak Cemerlang Dalam Pelajaran.
  5. Kaedah Mentarbiah Anak dan lain-lain.

 

Be the first to add a review.

Please, login to leave a review
Kemahiran & Panduan Keibubapaan Mithali
Price:
RM250 RM89