Pengajian Ilmu Hadith Kitab Nukhbah al-Fikar Ibn Hajar

Kursus pendek bersijil berdurasi 6 jam ini melalui penyampaian oleh Ustaz Adlan Abdul Aziz yang akan memberikan syarah kitab Nukhbatul al-Fikr Mustholah Ahl Athar karya Ibn Hajar al-Asqalani tentang ilmu ulum hadis yang mencakup berbagai aspek ilmu hadis seperti rantai periwayatan, perawi, klasifikasi hadis dan sebagainya.

Kitab Nukhbatul al-Fikr Mustholah Ahl Athar karangan Ibn Hajar al-Asqalani ini merupakan sebuah kitab yang pendek tetapi mempunyai kandungan yang padat dalam mengulas istilah-istilah dalam bidang periwayatan hadis. Kitab ini adalah salah satu kitab pendahuluan kepada luasnya ilmu mustolah hadis yang dibahas secara panjang lebar dalam kitab-kitab yang lain.

KANDUNGAN KURSUS
1.0 Pengenalan Mustholah Hadis
2.0 Pembahagian Hadis Mengikut Jumlah Periwayat
3.0 Dhabith dan Tsiqah Perawi Hadis
4.0 Kecacatan pada Perawi Hadis
5.0 Bentuk Penyampaian Hadis
6.0 Bentuk Kunyah Perawi Hadis

SIAPA MESTI SERTAI KURSUS INI?
Kursus ini adalah sesuai kepada mereka dalam kalangan:
a. Ilmuan Shariah
b. Ahli Akademik
c. Pengkaji dan pelajar
d. Orang Awam

MEDIUM PERBINCANGAN
Penjelasan akan dibuat di dalam Bahasa Malaysia.

SIJIL LULUS
Di akhir kursus ini, peserta dikehendaki melengkapkan 90% modul kursus untuk melayakkan diri mendapatkan Sijil Pencapaian Khas.

Be the first to add a review.

Please, login to leave a review
Pengajian Ilmu Hadith Kitab Nukhbah al-Fikar Ibn Hajar
Price:
RM109 RM19