Syarah Matan Al-Ajurumiyyah Nahu Bahasa Arab

Kursus pendek bersijil berdurasi 6 jam ini melalui penyampaian oleh Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil yang akan memberikan syarah Matan Ajurumiyyah tentang ilmu nahu yang menjadi asas utama dalam kefahaman Bahasa Arab.

Matan Ajurumiyyah merupakan sebuah matan (kitab) yang dikarang oleh al-Imam Abu Abdillah Muhammad bin Muhammad bin Daud ash-Shanhaji yang menjadi rujukan utama pelajar-pelajar pondok terutamanya di Asia Tenggara untuk mempelajari ilmu nahu. Matan ini mempunyai sebanyak 24 bab yang mencakupi hampir keseluruhan ilmu nahu dan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah dan tersusun untuk difahami dengan penceritaan langsung kepada intipati utama kandungan melalui kaedah dan contoh.

KANDUNGAN KURSUS
1.0 Pengenalan
2.0 Bab Kalam
3.0 Bab I’rab dan Cara Mengenal Tanda-Tanda I’rab
4.0 Fasal Kata-Kata yang di-I’rabkan

SIAPA MESTI SERTAI KURSUS INI?
Kursus ini adalah sesuai kepada mereka dalam kalangan:
a. Ilmuan Bahasa
b. Ahli Akademik
c. Pengkaji dan pelajar
d. Orang Awam

MEDIUM PERBINCANGAN
Penjelasan akan dibuat di dalam Bahasa Malaysia.

SIJIL LULUS
Di akhir kursus ini, peserta dikehendaki lulus 50% ujian kefahaman untuk melayakkan diri mendapatkan Sijil Pencapaian Khas.

Be the first to add a review.

Please, login to leave a review
Syarah Matan Al-Ajurumiyyah Nahu Bahasa Arab
Price:
RM129 RM39