Curriculum
Course: Reka Grafik Iklan 'Gempak' Guna Canva
Login
Text lesson

Kelengkapan Yang Diperlukan

Apa Yang Anda Perlukan Sepanjang Kursus Ini:

 

  • Komputer
  • Internet
  • Web Browser

Kursus ini akan memfokuskan kepada penggunaan Canva di dalam web browser komputer anda. Web browser adalah seperti Chrome, Edge, Opera atau apa sahaja yang satu kategori dengannya.

Bagaimana pula dengan Canva di mobile phone?

Untuk memudahkan penjelasan dengan visual yang lebih terang, kursus ini memilih untuk memaparkan Canva di web browser. Dan, Canva di web mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding di mobile phone.

Walau bagaimanapun, setelah anda menghabiskan pembelajaran topik kursus ini, menggunakan Canva di mobile phone akan datang secara natural sahaja. Mudah, kerana anda telah faham apa yang Canva mampu lakukan 🙂