Hutang Syarikat Startup 4 Juta : Sebab dan Jalan Keluar

Kursus pendek selama 3 jam, secara rakaman bertajuk Hutang Bisnes Pemula RM4 Juta : Sebab & Jalan Keluar dari Tuan Khairul Hakimin Muhammad akan menceritakan mengenai kejatuhan dan kebangkitan En Khairul Hakimin selaku Pengasas Jenama One Cookies, beliau bermula dengan penuh cita-cita mencipta biskut viral dan menjadi hidangan snack bagi setiap rumah. Namun beberapa tahun beliau mengharungi turun naiknya bisnes, dalam 2 tahun terakhir amat menyeksakan dengan jumlah hutang tertunggak melebihi RM 4 juta.

Kini beliau sukar ‘bernafas’, serta memerlukan lebih RM 200,000 untuk kos operasi dan paling berat adalah membayar hutang bulanan dengan pelbagai pihak khususnya Bank, kegagalan membayar akan mengakibatkan rekod kewangan peribadi dan keluarga menjadi semakin kelam dengan senarai hitam.

– Bagaimana beliau menghadapinya?
– Apakah punca bisnes beliau menjadi tersangkut di antara jualan dan kos serta hutang ?
– Mengapa hutang sebegitu banyak tercipta untuk sebuah jenama baru oleh syarikat startup ?
– Apakah pengajaran yang dipelajari olehnya yang amat bernilai untuk dipelajari kita semua?, serta amat sesuai dijadikan tauladan dan sempadan bagi semua para usahawan kita.

Program bengkel atas talian ini, julung kalinya beliau sudi berkongsi kisah suka dukanya megharungi dunia bisnes One Cookies dan megenalpasti kesilapan-kesilapan yang berlaku.

KANDUNGAN BENGKEL

01. Bagaimana Bermula
02. Mindset Menang Namun.
03. Kesilapan Demi Kesilapan
04. Cabaran Luar Kawalan
05. Tumbang & Exit Plan
06. Pengajaran Pengalaman Pahit
07. Do’s and Dont’s
08. Kepentingan Pengurusan Kewangan Syarikat & Kos Operasi

INTRO REMARKS

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Pengasas Elzar Group
www.elzargroup.com

Be the first to add a review.

Please, login to leave a review
Hutang Syarikat Startup 4 Juta : Sebab dan Jalan Keluar
Price:
RM89 RM59