Kursus online dengan sijil pencapaian di akhirnya ini adalah dari rakaman program Bina Mobile Apps Dengan Flutter dan Dart Code selama dua hari, merangkumi hampir 16 jam yang dibentang oleh Dr Zuhairi Zainuddin.
Pandemik Covid-19 telah menyebabkan perlunya ada penjarakan fizikal oleh itu konsep atas talian kini menjadi satu keperluan kepada masyarakat bagi mengelakkan penularan wabak. Menjadi keperluan kepada kita semua untuk mempelajari bagaimana teknik untuk membuat applikasi telefon dengan mempelajari pelbagai bahasa programming yang menjadi tulang belakang dalam proses membuat applikasi telefon. Melalui program Bina Mobile Apps Dengan Flutter dan Dart Code ini, panduan yang disediakan oleh Dr Zuhairi ini dapat disebarluas kepada masyarakat.
Mendedahkan masyarakat kepada teknik teknik asas untuk membuat applikasi di telefon pintar.
Memberikan garis panduan asas kepada bahasa-bahasa programming.
Menjadikan program ini platform kepada masyarakat untuk menjadi lebih cerdas dalam bidang IT.
Di dalam kursus ini anda akan mempelajari:
Video ini merupakan pembentangan oleh Dr Zuhairi, tentang pengenalan kepada programming seperti bahasa-bahasa di dalam programming.
Video ini merupakan pembentangan oleh Dr Zuhairi, tentang pengenalan kepada programming dan juga buku kerja untuk latihan kepada semua peserta.
Video ini merupakan pembentangan oleh Dr Zuhairi, tentang jenis-jenis data yang wujud dalam programming serta fungsi setiap jenis data.
Video ini merupakan pembentangan oleh Dr Zuhairi, tentang jenis-jenis data yang wujud dalam programming terutamanya data yang diklasifikasikan sebagai "function".
Video ini merupakan pembentangan oleh Dr Zuhairi, tentang jenis-jenis data yang wujud dalam programming terutamanya data yang diklasifikasi sebagai "object".
Video ini merupakan pembentangan oleh Dr Zuhairi, tentang cara-cara untuk menetapkan tingkah laku sesebuah applikasi melalui arahan-arahan yang ada.
Introduction to Dart Programming
Dart 2 Cheatsheet and Quick References