Teknik Urus Kewangan Untuk Bebas Hutang & Bersara Awal

Kursus ringkas padat bersijil selama hampir 6 jam ini mengandungi teknik urus kewangan untuk bebaskan diri dari hutang. Bila hutang ... Show more
Instructor
Aisya Rahman
73 Students enrolled
5
2 reviews
  • Description
  • Curriculum
  • Reviews
new poster aisyarahman

Ramai yang terjejas di kala pandemik dan tidak tahu di mana patut mereka bermula dan bina semula keyakinan diri. Ada yang terus menerus dibelenggui hutang dan malu untuk mendapatkan bantuan secepat mungkin. Akhirnya, hutang makin bertambah dan perlu ke AKPK atau dijatuhkan bankrap. 

Kursus ringkas padat bersijil selama hampir 6 jam ini mengandungi teknik urus kewangan untuk bebaskan diri dari hutang. Bila hutang dapat dikawal, anda boleh mulakan perjalanan anda ke arah ‘financial freedom’. Sesetengah teknik ini juga dari pengalaman fasilitator sendiri yang pernah melalui fasa berhutang enam angka.

Di dalam kursus ini, anda akan mendalami ilmu-ilmu:

1. Asas/foundation teknik urus kewangan
– Kuiz: audit kewangan anda
– Kewangan di era pandemik
– Tanggungjawab merancang kewangan dari sudut Islam
– Psikologi kewangan
– Homework

2. Pendapatan, perbelanjaan & teknik pelupusan hutang
– Kuiz: audit pendapatan & komitment anda
– Perbezaan pinjaman konvensional & Islamik
– Kenali hutang & kadar keuntungan
– Kepentingan duit simpanan untuk emergency
– Teknik langsaikan hutang
– Homework

3. Teknik perlindungan harta, kewangan & diri
– Jenis perlindungan
– Perbezaan pelan konvensional & takaful
– Adakah takaful sesuai untuk pelaburan
– MRTT, MLTT & Hibah
– Takaful sebagai persiapan kematian
– Homework

4. Pilihan pelaburan supaya tidak menjadi pe’lebur’an
– Jenis & pemilihan pelaburan
– Kiraan risiko & pulangan/ganjaran
– Kiraan pelaburan
– Homework

5. Bayaran cukai LHDN & zakat
– Siapa & kenapa perlu fail & bayar cukai
– Siapa & kenapa perlu bayar zakat
– Jenis jenis zakat
– Pengiraan cukai & zakat
– Pembayaran cukai & zakat
– Homework

6. Persiapan kewangan kematian & perancangan pusaka
– Perancangan pusaka
– Fahami kekuatan faraid
– Masalah masalah di dalam perancangan pusaka
– Instrumen untuk perancangan pusaka
– Nak meninggal dunia dalam keadaan berhutang atau tidak?

Semoga ilmu ini mendatangkan manfaat dan semoga anda dapat bangkit semula dengan mengamalkan penyusunan teknik kewangan seperti seorang profesional.

 

Kursus ini sesuai bagi:

  1. Pasangan yang sudah berkahwin
  2. Ibu bapa atau ibu / bapa tunggal
  3. Suami / isteri yang tidak bekerja
  4. Warga emas yang sudah bersara
  5. Pemilik perniagaan / bekerja sendiri
  6. Pelabur yang masih baru
  7. Eksekutif seperti di bank, takaful, unit trust dan korporat

 

Di akhir kursus ini:

  1. Peserta boleh merancang teknik yang hendak digunakan untuk lupuskan hutang yang mempunyai kadar keuntungan yang tinggi seperti kad kredit
  2. Peserta boleh membuat pilihan yang terbaik bagi perancangan perlindungan dan pelaburan
  3. Peserta boleh memulakan perancangan dan persiapan kewangan untuk akhirat yang abadi
Video BONUS Zakat dan Kesimpulan
5.0
2 reviews
Stars 5
2
Stars 4
0
Stars 3
0
Stars 2
0
Stars 1
0