Kursus pendek dengan sijil professional berdurasi 7 jam ini melalui video dan nota yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil akan memberikan panduan dan pendedahan tentang kaedah al-Qiyas yang digunakan oleh ulama’ terdahulu untuk mengeluarkan sesuatu hukum syarak.
Al-Qiyas adalah proses ijtihad berasaskan analogi daripada ayat al-Quran dan as-Sunnah atau perintah yang telah diketahui untuk perkara-perkara baru. Qiyas ini penetapan suatu hukum terhadap perkara terdahulu yang memiliki kesamaan dari segi illah, sebab dan berbagai aspek lain sehingga dihukumi sama.
Al-Qiyas ini juga boleh dikatakan kaedah pemikiran yang digunakan untuk menganalisis persamaan-persamaan yang wujud di antara kes yang memang sedia ada hukumnya disebut secara jelas dalam al-Quran atau al-Sunnah dengan kes baru yang dihadapi bagi tujuan guna pakai hukum yang sedia ada itu bagi kes baru atas alasan adanya persamaan illah pada perkara furu’ dan asal. Al-Qiyas ini juga boleh dijadikan sebagai hujah dalam undang-undang perudangan Islam untuk penyelesaian dalam dalam pelbagai kes undang-undang yang tidak jelas. Oleh itu, segala persoalan atau permasalahan yang tidak dapat diperolehi dalam al-Quran, as-Sunnah atau Ijma’ maka dibolehkan kaedah qiyas dalam mengeluarkan hukum dengan mengqiyaskan illah pada perkara baru dengan yang asal.
KANDUNGAN KURSUS
1.0 Pengenalan
2.0 Konsep Asas al-Qiyas
3.0 Jenis-Jenis al-Qiyas
4.0 Langkah dalam Proses Menegeluarkan al-‘Illah
5.0 Definisi ‘Illah
6.0 Aplikasi al-Qiyas pada masa kini dll
SIAPA MESTI SERTAI KURSUS INI?
Kursus ini adalah sesuai kepada mereka dalam kalangan:
a. Ilmuan Shariah
b. Ahli Akademik
c. Pengkaji dan pelajar
d. Orang Awam
MEDIUM PERBINCANGAN
Penjelasan akan dibuat di dalam Bahasa Malaysia.
SIJIL LULUS
Di akhir kursus ini, peserta dikehendaki melengkapkan 90% daripada keseluruhan modul untuk melayakkan diri mendapatkan Sijil Pencapaian Khas.