Konvensyen Fiqh Ummah: Manhaj Fiqh Wasati

Kursus online dengan sijil pencapaian di akhirnya ini adalah dari rakaman konvensyen selama dua hari majlis ilmu merangkumi 14 jam ... Show more
5 Students enrolled
0
0 reviews
  • Description
  • Curriculum
  • Reviews
kfiqh ummah

Kursus online dengan sijil pencapaian di akhirnya ini adalah dari rakaman konvensyen selama dua hari majlis ilmu merangkumi 14 jam sesi ilmu diketuai oleh Mufti Ismail Menk dan 15 orang ilmuan tempatan dalam satu program serta menyentuh 12 topik penting serta mengulas manhaj wasati. Program ini turut diserikan oleh persembahan nasyid oleh Akil Hayy dan perkongsian oleh Sham Kamikaze.

Ilmuan yang terbabit adalah Sheikh Mufti Ismail Menk, Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri, Prof. Madya Dr Izhar Ariff, Imam Muda Asyraf, Ustaz Roslan Mohamed, Dato’ Dr Abd Basit Abd Rahman, Dr Aizam Mas’ud, Ust Ahmad Husni, Xifu Naser, Dr Zamri, Dr Nizam Abd Kadir, Ust Syed NorHisyam, Dr Khairudin, Dr. Maszlee, Dr Shauqi, Akil Hayy dan Sham Kamikaze. Kursus ini merupakan rakaman Konvensyen Fiqh Ummah yang akan memberikan panduan dan pendedahan tentang pelbagai cabang fiqh termasuklah pendapat dan isu-isu terdahulu dan juga kontemporari, cara-cara untuk berdakwah kepada bukan Muslim agar mereka tertarik dengan Islam. Moga-moga rakaman ini boleh membantu kita dan dijadikan sebagai panduan hidup kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat dalam usaha kita untuk mejadikan Syiar Islam sebagai Ad-Din.

Pengenalan

Penghayatan terhadap Islam semakin dirasai kini dengan wujudnya pelbagai saluran media dan bahan-bahan yang berorientasikan Islam. Walau bagaimanapun, berlaku kekeliruan di kalangan umat Islam tentang pendekatan yang terbaik dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.

Oleh kerana itu, satu usaha untuk mengumpulkan pakar-pakar agama (ilmuan) supaya mereka dapat memberi panduan yang komprehensif dan mapan perlu dilakukan. Melalui Konvensyen Fiqh Ummah  ini, panduan yang disediakan oleh mereka dapat disebarluaskan kepada masyarakat.

Objektif

Mendedahkan masyarakat kepada pendekatan sederhana (wasatiyyah) dalam kehidupan seorang muslim dari segala aspek.
Memberikan garis panduan asas dan menyeluruh kepada masyarakat dalam beragama.
Menjadikan program ini platform kepada masyarakat untuk berhubung langsung dengan para ilmuan.

Di dalam kursus ini anda akan mempelajari:

  1. Takrif Wasathiyyah
  2. Definisi Akidah & Wasathiyyah dalam Akidah
  3. Wasathiyyah dalam Dakwah, Manhaj Dakwah & Metodologi Berdakwah kepada bukan Islam dalam Konteks Malaysia Barat
  4. Wasathiyyah Politik dan Agama
  5. Wasathiyyah dalam Ekonomi dan Kewangan
  6. Manhaj Berinteraksi dengan Turats
  7. Manhaj Wasathiy dalam Aspek Tazkiyah an-Nafs
  8. Wasathiyyah dalam Ibadah & Zakat
  9. Wasathiyyah dalam Gaya Hidup

 

Nota pembentangan kertas kerja