Kursus bersijil yang berdurasi hampir 3 jam ini bertujuan untuk memberikan kefahaman mengenai kategori hadith yang digariskan ilmuwan islam kepada masyarakat awam dari Ustaz Dr. Faisal Ahmad Shah.
Kursus ini bermula dengan penerangan definisi umum al-hadith dan diikuti penjelasan pembahagian umum al-hadith kepada ilmu riwayah dan ilmu dirayah. Seterusnya pemahaman pembahagian hadith diterima (maqbul) dan ditolak (mardud) dijalankan
Antara kandungan kursus ini adalah:
• Definisi umum al-hadith
• Pembahagian umum al-hadith kepada ilmu riwayah dan ilmu dirayah.
• Pembahagian hadith diterima (maqbul) dan ditolak (mardud)/
• Pembahagian hadith diterima (maqbul) kepada hadith sahih, hadith sahih lighayrihi, hadith hasan lizatihi, hadith hasan lighayrihi.
• Penerangan mengenai kategori hadith ditolak (mardud).
Di akhir kursus ini anda akan:
1. Memahami asas kategori hadith
2. Memahami kategori hadith yang diterima (maqbul) dan ditolak (mardud)
Kursus ini terbuka kepada orang awam yang ingin belajar lebih lanjut mengenai hadith.