Industri halal merupakan salah satu industri yang kini mendapat perhatian dan mempunyai potensi untuk diterokai. Pasaran global untuk produk halal semakin menguntungkan dan mempunyai prospek pasaran yang luas untuk dibangunkan secara inklusif. Keutamaan produk halal bukan sahaja terletak pada sijil dan logo untuk memastikan status kehalalannya, malah kepentingan penghasilan produk-produk tersebut yang harus mementingkan aspek kualiti, kebersihan dan kesejahteraan daripada penggunaan produk tersebut. Pada masa yang sama, perkembangan sektor industri halal telah mendorong kepada permintaan yang tinggi terhadap prospek tenaga mahir bagi memenuhi keperluan industri ini.
Kursus pendek bersijil secara rakaman berdurasi lebih dari 2 jam ini akan merangkumi topik- topik penting bagi perkembangan industri halal khususnya di Malaysia diantaranya adalah mengenai laluan kerjaya halal, keperluan talent & kerjaya halal, pasaran industri halal, konsep halal haram dan sertu & pelaksanaannya. Kursus ini dibimbing oleh beberapa pakar yang berpengalaman dalam industri halal.
Speaker:
Objektif kursus ini adalah:
Siapa yang patut mengikuti kursus ini:
Di akhir kursus ini anda akan: