Pembelajaran secara hybrid dalam sesi persekolahan masa kini yang telah menjadi sebahagian daripada norma baru sedikit sebanyak telah memberikan kesukaran dan cabaran besar bukan sahaja kepada para pelajar, bahkan juga kepada ibu bapa. Ini kerana ibu bapa berhadapan dengan kesukaran untuk menguruskan anak-anak mereka kerana faktor umur dan peringkat persekolahan yang berbeza. Justeru itu, kewujudan program rakaman berdurasi hampir 3 jam ini adalah untuk membantu ibu bapa dan anak-anak untuk sama-sama menghadapi isu kaedah pembelajaran norma baru dimasa pandemik ini.
OBJEKTIF KURSUS INI ADALAH UNTUK:
1. Membantu anak dalam mengatasi masalah dalam pembelajaran di masa pandemik ini
2. Memastikan ibu bapa dapat membantu anak mengenal potensi diri untuk bangkit semula menjadi pelajar cemerlang
3. Membantu anak untuk mengetahui kaedah belajar semasa pandemik
PADA AKHIR KURSUS INI, PARA PESERTA AKAN DAPAT:
1. Memahami anjakan paradigma mengenai parenting
2. Mengenalpasti mutiara kata mengenai parenting yang berkesan
3. Mengetahui kesilapan dalam parenting semasa pandemik
4. Memahami kaedah membantu anak mengenal potensi diri & tips untuk bangkit semula
5. Mengetahui rangka tindakan untuk moving forward
6. Memahami doa harian untuk menjana kecemerlangan diri
TOPIK YANG AKAN DIBINCANGKAN
1. 15 Peranan Ibu Bapa
2. Kenali Style Pembelajaran Anak-Anak
3. Langkah Bijak Membantu Anak Belajar
4. Kaedah Pembelajaran Output Berkesan