Kursus bersijil yang berdurasi 3 jam setengah ini bertujuan untuk mengetengahkan cara-cara untuk mencapai kesempurnaan dalam berpuasa. Kursus ini disampaikan oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman, Pengarah Urusan Elzar Shariah Solution Sdn Bhd.
Ibadah puasa adalah termasuk dalam rukun Islam dan menjadi kewajipan kepada individu Muslim untuk menunaikannya pada bulan Ramadhan. Ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah suatu ibadah yang sangat istimewa yang bukan hanya sekadar berlapar dahaga di siang hari malah dijanjikan pahala yang berganda sekiranya dilakukan secara sempurna. Kesempurnaan puasa datang apabila dipenuhi segala rukun, syarat wajib, syarat sah, sunat puasa dan meninggalkan segala perkara yang haram dan membatalkan puasa. Kerugian yang besar kepada orang yang berpuasa sekiranya tidak memanfaatkan kelebihan dan ganjaran yang ditawarkan sepanjang bulan Ramadhan.
SIAPA MESTI SERTAI KURSUS INI?
Kursus ini adalah sesuai kepada mereka dalam kalangan:
a. Ilmuan Shariah
b. Pelajar
c. Orang Awam
MEDIUM PERBINCANGAN
Penjelasan akan dibuat di dalam Bahasa Malaysia.
SIJIL LULUS
Di akhir kursus ini, peserta dikehendaki lulus 90% kursus ini untuk melayakkan diri mendapatkan Sijil Pencapaian Khas.