Kursus pendek bersijil melalui video hampir 2 jam ini memberikan panduan dan pendedahan berkenaan teknik dan strategi pemilihan topik dan tajuk tesis peringkat Sarjana dan PhD. Ramai pelajar buntu ketika ingin memilih tajuk kajian untuk tahap Sarjana dan PhD mereka. Bermula dari mengenal kecenderungan diri, kekuatan ilmu semasa, hala tuju karier dan sasaran manfaat dari kajian terbabit serta lain-lain faktor yang akan membuka minda para pengkaji dalam memilih topik kajian mereka.
Kursus ringkas ini juga akan mendedahkan pengalaman pembentang dan juga cadangan langkah demi langkah dalam menyusun topik dan pembahagian untuk kajian anda.
SIAPA SESUAI HADIR KURSUS INI?