Usul Fatwa, Kaedah & Aplikasi Semasa

Kursus pendek bersijil selama 2 jam ini bertujuan untuk menjelaskan kaedah berfatwa, peranan Mufti, fungsi institusi fatwa dan sekitar permasalahannya. ... Show more
4 Students enrolled
0
0 reviews
  • Description
  • Curriculum
  • Reviews
usul fatwa

Kursus pendek bersijil selama 2 jam ini bertujuan untuk menjelaskan kaedah berfatwa, peranan Mufti, fungsi institusi fatwa dan sekitar permasalahannya. Modul ini akan menerangkan tentang realiti pengeluaran fatwa di Malaysia serta klasifikasi isu yang terdapat dalam pandangan hukum atau fatwa yang berlaku di Malaysia. Selain itu, kursus pendek ini juga akan membincangkan tentang perbezaan pandangan berkenaan Kitab Qawl Muktamad mengikut Mazhab.

Modul Kursus Kaedah Berfatwa, mufti Institusi Fatwa dan Sekitar Permasalahannya ini dibimbing oleh Ustaz Mustafar Mohd Suki, graduan Shariah dari Universiti al-Yarmouk, Jordan. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Syariah di beberapa syarikat korporat dan kewangan, jawatan terakhir sebagai Penolong Pengurus di Bank Muamalat. Sekarang berkhidmat sebagai Penasihat Syariah di Koperasi dan institusi Agama swasta. Menulis hampir 20 buah buku berkait dengan Hadis, Fiqh dan biografi. Kursus ini juga adalah merupakan program khas yang disusun untuk platform e-learning myclaaz.com dan mycourse.my.

SIAPA MESTI SERTAI KURSUS INI? 

  • Pengisian adalah sesuai untuk mereka yang terlibat di dalam industri kewangan Islam dari kalangan :
    – Ilmuan Shariah
    – Ahli Akademik
    – Pengkaji dan pelajar
    – Orang Awam

TOPIK DAN MEDIUM PERBINCANGAN

Penjelasan akan dibuat di dalam Bahasa Malaysia.

Antara topik yang akan dibincangkan :
1. Pengenalan Ijtihad
2. Fatwa dan Lapangannya
3. Taqlid
4. Mufti vs Siapakah Layak Berfatwa
5. Memahami Realiti Fatwa di Malaysia
6. Penyediaan Sighah
7. Pewartaan Fatwa

KUIZ RINGKAS DAN SIJIL LULUS
Di akhir kursus ini, pelajar dikehendaki menjawab 25 soalan kuiz bagi memastikan kefahaman, mereka yang lulus dengan markah 50% ke atas akan layak mendapatkan Sijil Pencapaian Khas.