Bangkit Semula Dari Kegagalan Secara 'Magical'

Kursus pendek bersijil berdurasi selama 3 jam setengah ini bertujuan untuk membantu merungkaikan apakah punca yang menyebabkan kegagalan dalam kehidupan ... Show more
1 Student enrolled
0
0 reviews
  • Description
  • Curriculum
  • Reviews
dmfk 3

Kekecewaan dan kegagalan adalah sebahagian daripada asam garam kehidupan. Kejayaan muncul hasil daripada beberapa percubaan nekad yang disulami dengan kegagalan. Seseorang biasanya akan merasa galau hingga sedih yang berlarut-larut ketika mengalami sebuah kegagalan. Namun, ada yang kembali bangkit dan menyedari hikmah di sebalik kegagalan tersebut. Seiring berlalunya waktu, cepat atau lambat kegagalan akan berubah menjadi kebahagiaan dan kejayaan. Namun, untuk kembali bangkit dan bersemangat bukanlah suatu perkara yang mudah. Seseorang tentunya memerlukan dorongan dan motivasi sama ada dari sudut fizikal, mental mahupun spiritual.

Kursus pendek bersijil berdurasi selama 3 jam setengah ini bertujuan untuk membantu merungkaikan apakah punca yang menyebabkan kegagalan dalam kehidupan dan bagaimana untuk mengatasi masalah ini dari segi emosi & fizikal secara magical dan miracle. Kursus pendek ini dibimbing oleh pakar motivasi terkenal tanah air iaitu Dato Dr Hj Mohd Fadhilah Kamsah.

Antara intipati kursus pendek ini adalah:

Mengetahui punca kegagalan & kejatuhan diri
Mengenal pasti tips & kaedah untuk bangkit semula dari kegagalan
Membongkar kaedah membina hidup yang magical & miracle
Kenal pasti doa-doa kejayaan

Kursus ini sesuai untuk:

Orang Awam
Pekerja
Usahawan dan Peniaga
Keluarga
Ibu bapa
Orang yang dahagakan motivasi kehidupan