Kursus pendek bersijil selama hampir 4 jam ini mempunyai dua bahagian; teori praktikal dan latihan amali akan mengajar mengenai cara terjemahan Media Bahasa Arab ke Bahasa Melayu dan Penggunaan Bahasa Berbeza media Bahasa Arab. Rakaman bengkel ini juga berbentuk sesi dua hala. Selain pembentangan tenaga pengajar, peserta juga akan membariskan dan menterjemahkan teks secara spontan.
Objektif Kursus Ini:
- Memberi pendedahan kepada peserta tentang media berbahasa Arab.
- Memberi pendedahan kepada peserta mengenai laras dan gaya bahasa Arab media.
Bengkel ini sesuai untuk:
- Orang awam dan pelajar bahasa Arab tahap pertengahan
- Pelajar yang mahu bekerja sebagai penterjemah bahasa arab di syarikat media
Di akhir kursus ini pelajar akan:
- Peserta mempunyai kefahaman umum tentang media berbahasa Arab.
- Peserta mendapat pendedahan tentang laras dan gaya bahasa Arab media.
- Peserta dapat berlatih membaca dan menterjemahkan teks berita bahasa Arab-Melayu.
Antara intipati kursus ini adalah:
- Kategori Laman Berita Bahasa Arab
- Laporan dan Kenyataan Media
- Lawatan dan Kunjungan Rasmi
- Gelaran Pembesar Negara
- Tajuk Berita & Berita Utama