Etika Perubatan Dalam Islam & Rawatan Eczema Secara Natural

Kursus pendek bersijil melalui video hampir 4 jam ini memberikan panduan dan pendedahan berkaitan konsep menerima rawatan dari perspektif Islam, ... Show more
5 Students enrolled
0
0 reviews
  • Description
  • Curriculum
  • Reviews
etika perubatan

Kursus pendek bersijil melalui video hampir 4 jam ini memberikan panduan dan pendedahan berkaitan konsep menerima rawatan dari perspektif Islam, tawakkal dan juga persoalan berlainan jantina dengan pesakit sewaktu rawatan serta hujah darurat yang sering digunapakai. Melalui kursus pendek ini, Dr Maryam, (pengasas Mary jardin) akan berkongsi kajian ilmiah beliau berkenaan Eczema, yang juga berkait tesis MA beliau di bawah supervision pakar kulit di UIA. Dr. Zaharuddin Abd Rahman pula akan mengulas keperluan untuk berubat apabila jatuh sakit menurut perspektif Islam.

APA YANG ANDA AKAN PELAJARI

Melalui program ini anda akan didedahkan dengan pelbagai isu seperti berikut:

1. Konsep perubatan Islam
2. Adakah perubatan Islam itu dengan jampian al-quran, doa dan bahan-bahan disebut dalam nas sahaja, bagaimana Tajribah?
3. Rawatan natural dan saintifik
4. Kes study : Eczema : Punca, simptom dan rawatan dengan steroid, wujudkah alternatif lebih sihat dan organik?
5. Berapa lama boleh gunakan ubatan steroid untuk redakan kegatalan eczema.
6. Bukti klinikal dan testimoni rawatan.
7. Etika rawatan doktor dan pesakit berlainan jantina.
8. Hukum Hakam Doktor Dan Aurat Pesakit
9. Darurat Dan Penjelasannya
10. Doktor Lelaki Merawat Pesakit Wanita
11. Doktor Wanita Mengubati Pesakit Lelaki
12. Etika & Had Limitasi Merawat Pesakit Berlainan Jantina
13. Doktor Wanita Merawat Pesakit Wanita