Fiqh Pesakit, Kematian & Pengurusan Jenazah

5 Students enrolled
0
0 reviews
  • Description
  • Curriculum
  • Reviews
jenazah

Pengurusan Jenazah adalah Fardu Kifayah dan wajib dipelajari dan diketahui oleh semua umat Islam. Perkara ini tidak hanya perlu diketahui oleh imam,bilal atau pegawai syarak tetapi ianya adalah ilmu yang wajib dituntut oleh orang-orang yang beriman. Kursus yeng berdurasi 5 jam setengah ini membantu anda dalam meningkatkan kefahaman berkenaan dengan Ilmu fiqh kematian dan pengurusan jenazah. Dengan pakej istimewa kursus atas talian ini, anda berpeluang mendengar rakaman penerangan lanjut daripada pakar dalam bidang fiqh iaitu Dr Rozaimi Ramle dan Dr Abdul Basit Abdul Rahman yang merupakan ilmuan Islam tersohor tanah air.

ANTARA TOPIK MENARIK YANG AKAN DIULAS

1. Persediaan Menghadapi Mati
2. Adab Menziarahi Pesakit
3. Apabila Berlakunya Kematian
4. Tatacara Memandikan Jenazah
5. Tatacara Mengkafani Jenazah
6. Sesi Soal Jawab Seminar Fiqh Kematian Bersama Dr Rozaimi
7. Tatacara Solat Jenazah
8. Tatacara Pengebumian Jenazah
9. Perkara-Perkara Bida’ah Dalam Mengiringi Jenazah

SIAPA MESTI SERTAI KURSUS INI?
Pengisian adalah sesuai untuk mereka dari kalangan:
– Ilmuan Shariah
– Ahli Akademik
– Pengkaji dan pelajar
– Orang Awam

MEDIUM PERBINCANGAN

Penjelasan akan dibuat di dalam Bahasa Malaysia.

SIJIL LULUS

Di akhir kursus ini, peserta dikehendaki melengkapkan 90% daripada keseluruhan modul untuk melayakkan diri mendapatkan Sijil Pencapaian Khas.