Hukum, Sejarah & Interaksi Ulama' Terhadap Hadis Dan Sirah Palsu

Kursus pendek bersijil selama 2 jam ini bertujuan untuk menjelaskan tentang hukum, sejarah dan interaksi Ulama' terhadap Hadis dan Sirah ... Show more
2 Students enrolled
0
0 reviews
  • Description
  • Curriculum
  • Reviews
hadis

Kursus pendek bersijil selama 2 jam ini bertujuan untuk menjelaskan tentang hukum, sejarah dan interaksi Ulama’ terhadap Hadis dan Sirah palsu. Modul ini akan menerangkan tentang kekeliruan dalam pengamalan hadis palsu yang seringkali digunakan dan disandarkan sumbernya kepada Rasulullah.

Modul Kursus Hukum, Sejarah dan Interaksi Ulama’ Terhadap Hadis Dan Sirah Palsu ini dibimbing oleh Ustaz Mustafar Mohd Suki, graduan Shariah dari Universiti al-Yarmouk, Jordan. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Syariah di beberapa syarikat korporat dan kewangan, jawatan terakhir sebagai Penolong Pengurus di Bank Muamalat. Sekarang berkhidmat sebagai Penasihat Syariah di Koperasi dan institusi Agama swasta. Menulis hampir 20 buah buku berkait dengan Hadis, Fiqh dan biografi.

Kursus Hukum, Sejarah & Interaksi Ulama’ Terhadap Hadis Dan Sirah Palsu ini juga adalah program khas yang disusun untuk platform e-learning myclaaz.com dan mycourse.my.

SIAPA MESTI SERTAI KURSUS INI?

  • Pengisian adalah sesuai untuk mereka yang terlibat di dalam industri kewangan Islam dari kalangan :
    – Ilmuan Shariah
    – Ahli Akademik
    – Pengkaji dan pelajar
    – Orang Awam

TOPIK DAN MEDIUM PERBINCANGAN

Penjelasan akan dibuat di dalam Bahasa Malaysia.

Antara topik yang akan dibincangkan :

  1. Apa itu Hadis Palsu
  2. Isu-isu Penting Hadis Palsu
  3. Tanda-Tanda Palsu Pada Sanad
  4. Hukum Riwayat Israiliyyat
  5. Apa itu Sirah
  6. Contoh Hadis Palsu dan Sirah Palsu
  7. Kitab-Kitab Berkaitan Hadis Palsu

KUIZ RINGKAS DAN SIJIL LULUS
Di akhir kursus ini, pelajar dikehendaki menjawab 25 soalan kuiz bagi memastikan kefahaman, mereka yang lulus dengan markah 50% ke atas akan layak mendapatkan Sijil Pencapaian Khas.