Kursus pendek selama hampir 3.5 jam ini memfokuskan kepada kepelbagaian ijtihad di kalangan ulama, mazhab Islam, fiqh waqi’e dan sunnah serta adaptasi realiti semasa dalam fatwa dan penetapan hukum. Kursus ini diulas oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman.
ANTARA YANG DIBINCANGKAN
1. Sebab Kemunculan Aliran & pemikiran berbeza di Malaysia
2. Bidang Utama Memahami Realiti Semasa [Fiqh al-Waqi’]
a] Fiqh al-Waqi’: Kefahaman Nas
b] Fiqh al-Waqi’ : Pengeluaran Fatwa & Hukum
c] Fiqh al-Waqi’: Politik & Strategi dakwah
3. Proses Menjayakan Fiqh al-Waqi’ : Perbezaan Aliran
4. Perbezaan ijtihad dan sebab musabbab
5. menangani perbezaaan Ijtihad
6. Maqasid Shariah, definisi, konsep Maslahat dan huraian aplikasi semasanya dalam penentuan hukum
SIAPA MESTI SERTAI KURSUS INI?
Kursus ini adalah sesuai kepada mereka dalam kalangan:
a. Ilmuan Shariah
b. Pengkaji dan pelajar
c. Pendakwah
d. Ahli Fatwa
MEDIUM PERBINCANGAN
Penjelasan akan dibuat di dalam Bahasa Malaysia.
SIJIL LULUS
Di akhir kursus ini, peserta dikehendaki melengkapkan 90% daripada keseluruhan modul untuk melayakkan diri mendapatkan Sijil Pencapaian Khas.