Kepentingan Industri Halal, Kerjaya & Kaedah Sertu

Industri halal merupakan salah satu industri yang kini mendapat perhatian dan mempunyai potensi untuk diterokai. Pasaran global untuk produk halal semakin menguntungkan dan mempunyai prospek pasaran yang luas untuk dibangunkan secara inklusif. Keutamaan produk halal bukan sahaja terletak pada sijil dan logo untuk memastikan status kehalalannya, malah kepentingan penghasilan produk-produk tersebut yang harus mementingkan aspek kualiti, kebersihan dan kesejahteraan daripada penggunaan produk tersebut. Pada masa yang sama, perkembangan sektor industri halal telah mendorong kepada permintaan yang tinggi terhadap prospek tenaga mahir bagi memenuhi keperluan industri ini.

Kursus pendek bersijil secara rakaman berdurasi lebih dari 2 jam ini akan merangkumi topik- topik penting bagi perkembangan industri halal khususnya di Malaysia diantaranya adalah mengenai laluan kerjaya halal, keperluan talent & kerjaya halal, pasaran industri halal, konsep halal haram dan sertu & pelaksanaannya. Kursus ini dibimbing oleh beberapa pakar yang berpengalaman dalam industri halal.

 

Speaker:

  • Ustaz Nasron
  • Ustaz Elyas
  • Tuan Fadhli Abd Rahman
  • Ustaz A’dil Syafiq

Objektif kursus ini adalah:

  • Memberi pendedahan tentang ilmu halal di dalam islam & industri
  • Memberi pendedahan tentang pelaksanaan kaedah sertu
  • Memberi pendedahan tentang kepentingan talent di dalam industri

Siapa yang patut mengikuti kursus ini:

  • Semua yang berminat untuk belajar tentang sertu, halal & haram
  • Mereka yang berminat untuk memasuki bidang halal sebagai kerjaya atau mahu menubuhkan syarikat berkaitan

Di akhir kursus ini anda akan:

  • Faham dengan lebih mendalam tentang topik-topik dan pelaksanaan sertu
  • Memahami topik-topik tentang talent-talent halal di dalam industri
  • Memahami topik dan isu tentang kerjaya di dalam industri halal

 

Be the first to add a review.

Please, login to leave a review
Kepentingan Industri Halal, Kerjaya & Kaedah Sertu
Price:
RM99.50