Kursus online dengan sijil pencapaian di akhirnya ini adalah dari rakaman majlis ilmu merangkumi hampir 17 jam yang disampaikan oleh beberapa ilmuan fiqh terkemuka termasuklah Dato’ Dr Mohd Asri, Dato’ Dr Johari Mat, Dr Radzi Othman, Dr Ahmad Sufian Che Abdullah, Dr Fathul Bari, Prof Dr Basri Ibrahim dan Ustaz Fauwaz Fadzil Nor dalam siri khas yang menyentuh tentang topik Maqasid Al-Shariah serta prinsip-prinsipnya dalam menjamin kemaslahatan umat manusia.
Kursus ini juga akan merangkumi penerangan lanjut tentang pemahaman Maqasid Syariah berdasarkan Kitab Al-Muwafaqat fi Usul Syariah dalam membincangkan isu-isu kontemporari demi menjamin kemaslahatan dan menolak keburukan. Pertimbangan yang menjadi kayu pengukur ini semestinya berlandaskan nilai-nilai al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi asas bagi memastikan ianya berada di dalam kerangka syariat.
ANTARA TOPIK MENARIK YANG AKAN DIULAS
1. Matlamat Maqasid Shariah
2. Prinsip Menjaga Agama
3. Prinsip Menjaga Nyawa
4. Prinsip Menjaga Akal
5. Prinsip Menjaga Keturunan
6. Prinsip Menjaga Harta
7. Syarah Maqasid Al-Shariah Dalam Kitab Al-Muwafaqat fi Usul Shariah
SIAPA MESTI SERTAI KURSUS INI?
Kursus ini adalah sesuai kepada mereka dalam kalangan:
a. Ilmuan Shariah
b. Ahli Akademik
c. Pengkaji dan pelajar
d. Orang Awam
MEDIUM PERBINCANGAN
Penjelasan akan dibuat di dalam Bahasa Malaysia.
SIJIL LULUS
Di akhir kursus ini, peserta dikehendaki melengkapkan 90% daripada keseluruhan modul untuk melayakkan diri mendapatkan Sijil Pencapaian Khas.