Kursus online dengan sijil pencapaian di akhirnya ini adalah dari rakaman konvensyen selama dua hari majlis ilmu merangkumi 14 jam sesi ilmu diketuai oleh Mufti Ismail Menk dan 15 orang ilmuan tempatan dalam satu program serta menyentuh 12 topik penting serta mengulas manhaj wasati. Program ini turut diserikan oleh persembahan nasyid oleh Akil Hayy dan perkongsian oleh Sham Kamikaze.
Ilmuan yang terbabit adalah Sheikh Mufti Ismail Menk, Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri, Prof. Madya Dr Izhar Ariff, Imam Muda Asyraf, Ustaz Roslan Mohamed, Dato’ Dr Abd Basit Abd Rahman, Dr Aizam Mas’ud, Ust Ahmad Husni, Xifu Naser, Dr Zamri, Dr Nizam Abd Kadir, Ust Syed NorHisyam, Dr Khairudin, Dr. Maszlee, Dr Shauqi, Akil Hayy dan Sham Kamikaze. Kursus ini merupakan rakaman Konvensyen Fiqh Ummah yang akan memberikan panduan dan pendedahan tentang pelbagai cabang fiqh termasuklah pendapat dan isu-isu terdahulu dan juga kontemporari, cara-cara untuk berdakwah kepada bukan Muslim agar mereka tertarik dengan Islam. Moga-moga rakaman ini boleh membantu kita dan dijadikan sebagai panduan hidup kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat dalam usaha kita untuk mejadikan Syiar Islam sebagai Ad-Din.
Penghayatan terhadap Islam semakin dirasai kini dengan wujudnya pelbagai saluran media dan bahan-bahan yang berorientasikan Islam. Walau bagaimanapun, berlaku kekeliruan di kalangan umat Islam tentang pendekatan yang terbaik dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.
Oleh kerana itu, satu usaha untuk mengumpulkan pakar-pakar agama (ilmuan) supaya mereka dapat memberi panduan yang komprehensif dan mapan perlu dilakukan. Melalui Konvensyen Fiqh Ummah ini, panduan yang disediakan oleh mereka dapat disebarluaskan kepada masyarakat.
Mendedahkan masyarakat kepada pendekatan sederhana (wasatiyyah) dalam kehidupan seorang muslim dari segala aspek.
Memberikan garis panduan asas dan menyeluruh kepada masyarakat dalam beragama.
Menjadikan program ini platform kepada masyarakat untuk berhubung langsung dengan para ilmuan.
Di dalam kursus ini anda akan mempelajari:
Rakaman konvensyen Fiqh Ummah pada sesi pagi yang dibentangkan oleh Dr Zulkifli al-Bakri tentang cabang terbesar dalam Fiqh iatu aqidah.
Rakaman kedua Konvensyen Fiqh Ummah pada sesi pagi yang dibentangkan oleh Dr Aizam Masud tentang Aqidah dan fahaman-fahaman yang bercanggah dengannya.
Video ini merupakan rakaman ketiga Konvensyen Fiqh Ummah pada sesi pagi yang dibentangkan oleh Ustaz Zamri Hashim.
Video ini tentang teknik-teknik dakwah dengan berhikmah yang dibentang oleh ustaz Syed Nor Hisham
Video ini merupakan pembentangan oleh Dr Syed Nor Hisham dan Xifu Naser tentang cara untuk berdakwah dengan berhikmah terutamanya kepada golongan-golongan bukan Muslim.
Video ini merupakan pembentangan oleh Xifu Naser tentang isu-isu seperti salah tanggapan dan stereotaip kepada Muslim daripada golongan-golongan bukan Muslim.
Pembentangan tentang kitab-kitab Turath oleh Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
Video ini mengenai perlunya berhati-hati ketika membaca Kitab-Kitab Turath yang dibentang oleh Dr Abdul Basit
Video ini merupakan pembentangan oleh Dr Zaharuddin Abdul Rahman tentang muamalat yang telah dikhususkan dalam bidang-bidang seperti kewangan dan perbankan.
Video ini merupakan pembentangan oleh Dr Ramadhan Fitri tentang muamalat yang telah dikhususkan dalam bidang-bidang seperti kewangan dan perbankan. Serta kelebihannya berbanding perbankan konvensional.
Pembentangan tentang Wasatiyyah oleh Mufti Ismail Musa Menk
Pembentangan tentang Wasatiyyah oleh Mufti Ismail Musa Menk dan juga Sham Kamikaze yang memberi pembentangan tentang cara-cara untuk mengajak anak-anak muda untuk dekatkan diri.
Pembentang tentang cara-cara untuk mengajak anak-anak muda oleh Sham Kamikaze dan juga konsert oleh Akhil Hayy.
Video ini merupakan sesi Soal Jawab bersama para pembentang
Video ini merupakan pembentangan tazkiyat an-nafs atau penyucian jiwa oleh Ustaz Nidzam Abdul Kadir.
Video ini merupakan pembentangan tazkiyat an-nafs atau penyucian jiwa oleh Ustaz Nidzam Abdul Kadir.
Pembentangan tentang Wasatiyyah dalam urusan ibadah yang dibentang oleh Ustaz Roslan Muhammad dan Ustaz Husni Abdul Rahman
Pembentangan tentang Zakat dan bagaimana ia berkait dengan objektif wasatiyyah oleh Ustaz Husni Abdul Rahman & Dr Ahmad Wifaq Mokhtar
Pembentangan tentang cara bersiasah atau berpolitik mengikut garis panduan syarak yang dibentang oleh Dr Maszlee Malik dan Dr Khairuddin Aman Razali.
Pembentangan tentang berpolitik mengikut garis panduan Islam oleh Dr Khairuddin Aman Razali dan juga carai bersederhana dalam gaya hidup yang dibentang oleh Imam Muda Asyraf.
Pembentangan tentang gaya hidup yang wasatiyyah oleh Imam Muda Asyraf & Ustaz Mohd Izhar Ariff.
Pembentangan tentang gaya hidup yang wasatiyyah oleh Ustaz Mohd Izhar Ariff.