Kursus Cybersecurity: Asas Keselamatan Siber

Kursus ringkas bersijil berdurasi selama 4 jam ini bertujuan untuk membantu merungkaikan asas panduan keselamatan siber dan komponen penting dalam ... Show more
36 Students enrolled
0
0 reviews
  • Description
  • Curriculum
  • Reviews
cyber

Cybersecurity merupakan proses melindungi komputer, server, peranti mudah alih, sistem elektronik, rangkaian dan data daripada serangan digital yang kebiasaannya bertujuan untuk mengakses, mengubah atau memusnahkan maklumat sensitif, memeras wang dan menganggu perniagaan biasa. Cybersecurity telah digunakan dalam pelbagai konteks, dari perniagaan hingga pengkomputeran.

Kursus ringkas bersijil berdurasi selama 4 jam ini bertujuan untuk membantu merungkaikan asas panduan keselamatan siber dan komponen penting dalam memastikan sistem siber dan pengkomputeran anda dilindungi daripada hackers. Kursus ini dibimbing oleh Dr Muhammad Reza bin Za’ba yang merupakan pensyarah di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya.

Antara intipati kursus pendek ini adalah:

Pengenalan Asas Keselamatan Siber
Kriptografi
Keselamatan Komputer
Keselamatan Mudah Alih
Keselamatan Rangkaian Tanpa Wayar
Keselamatan Internet
Asas Virtual Private Network (VPN)
Keselamatan Media Sosial
Keselamatan Kata Laluan
Keselamatan E-Mail

Kursus ini sesuai untuk:

Pemain Industri Teknologi
Orang Awam
Pekerja
Usahawan dan Peniaga