Kursus Methodologi Saringan Saham Patuh Syariah

Kursus selama 3 jam ini bertujuan untuk menjelaskan tentang justifikasi Syariah dalam penyaringan aktiviti sesebuah perniagaan dan ratio kewangan yang ... Show more
54 Students enrolled
0
0 reviews
  • Description
  • Curriculum
  • Reviews
poster-metod

Kursus pendek bersijil selama 3 jam ini bertujuan untuk menjelaskan tentang justifikasi Syariah dalam penyaringan aktiviti sesebuah perniagaan dan ratio kewangan yang diaplikasikan bagi menentukan status kepatuhan Syariah sesebuah saham syarikat atau sekuriti di Malaysia. Modul ini juga akan menerangkan kaedah pengiraan yang digunapakai oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai ‘benchmark’ dan panduan dalam saringan sekuriti patuh Syariah. Modul Kursus Methodologi Saringan Saham Patuh Syariah ini dibimbing oleh dua orang pakar kewangan Islam iaitu Dr. Zaharuddin Abd Rahman dan juga Dr. Shamsiah Mohamed, yang kedua-duanya merupakan Ahli Majlis Penasihat Shariah di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Dr Shamsiah juga kini berkhidmat sebagai Penasihat Syariah di Bursa Malaysia dan beberapa syarikat korporat dan Institusi kewangan Islam. Kursus ini melayakkan peserta yang tamat dengan lulus dengan 10 CPE points. 

 

SIAPA MESTI SERTAI KURSUS INI? Pengisian adalah sesuai untuk mereka yang terlibat di dalam industri kewangan Islam dari kalangan :

  1. Ilmuan Shariah
  2. Ahli Akademik
  3. Pengkaji dan pelajar
  4. Pemilik Perniagaan
  5. Pelabur
  6. Orang Awam

 

TOPIK DAN MEDIUM PERBINCANGAN

Penjelasan akan dibuat di dalam Bahasa Malaysia.

ANTARA TOPIK YANG AKAN DIBINCANGKAN

  1. Saringan Aktiviti dan Saham Perniagaan
  2. Justifikasi Saringan Kewangan Patuh Syariah
  3. Ijtihad Dalah Hal Kuantitatif dan Pendasar
  4. Proses dan Contoh Saringan Sekuriti Patuh Syariah
  5. Panduan Pelupusan Sekuriti Tidak Patuh Syariah
  6. Kajian Kes

KUIZ RINGKAS DAN SIJIL LULUS

Di akhir kursus ini, pelajar dikehendaki menjawab 10 soalan kuiz bagi memastikan kefahaman, mereka yang lulus dengan markah 50% ke atas akan layak mendapatkan Sijil Pencapaian Khas serta 10 CPE Points.

AKREDASI: 10 MATA CPE

Sekiranya anda seorang pemegang Lesen CMRSL dan ERP, anda boleh menuntut mata CPE anda dengan menghubungi kami di elzarshariah@gmail.com atau 011-2067 7990.