Kemahiran Pemasaran Takaful Yang Berkesan

Kursus online Pembangunan Kemahiran Pemasaran Takaful yang Berkesan ini adalah merupakan rakaman selama hampir 1 jam 42 minit yang membincangkan tentang profil dan fungsi perniagaan Takaful yang mana akan menawarkan sijil di akhir kursus. Kursus ini akan disampaikan oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman, Pengarah Urusan Elzar Shariah Solutions Sdn Bhd, Pemnerima Tokoh Takaful Malaysia 2022 oleh Malaysia Takaful Association (MTA) dan juga Ahli Jawatankuasa Majlis Penasihat Shariah di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Agen takaful memainkan peranan penting dalam memperkenalkan dan memasarkan produk-produk takaful kepada masyarakat. Dalam usaha untuk mencapai matlamat jualan dan pencapaian keuntungan, agen takaful perlu menguasai kemahiran dalam aktiviti-aktiviti seperti pemasaran, jualan, kemahiran interpersonal, pengurusan pelanggan, dan lain-lain. Ini bertujuan untuk memperkenalkan produk takaful dengan efektif dan membangunkan jaringan pelanggan. Mereka juga perlu memahami keperluan dan kehendak pelanggan untuk membantu pelanggan memilih produk takaful yang sesuai dengan keperluan mereka.

Takaful adalah satu sistem perniagaan yang berasaskan prinsip-prinsip Shariah dan ia memberi peluang kepada agen takaful untuk menjana pendapatan. Kursus yang diberikan membincangkan tentang konsep takaful, perbezaannya dengan insurans konvensional, dan bagaimana agen takaful boleh memanfaatkan sistem takaful sebagai sasaran perniagaan. Selain itu, kursus ini juga memberi tumpuan kepada elemen dan kandungan penyampaian yang perlu dikuasai oleh agen takaful untuk menarik pelanggan dan mempromosikan takaful.

SIAPA MESTI SERTAI KURSUS INI?
Kursus ini adalah sesuai kepada mereka dalam kalangan:

  1. Penggiat Industri Takaful
  2. Agen Takaful
  3. Perancang Kewangan
  4. Pengkaji dan pelajar
  5. Pegawai bank dan institusi kewangan
  6. Peniaga
  7. Orang Awam

MEDIUM PERBINCANGAN
Penjelasan kursus dibuat di dalam Bahasa Malaysia.

ANTARA TOPIK YANG AKAN DIBINCANGKAN

  1. Takaful Sebagai Sasaran Perniagaan
  2. Konsep Insurans Konvensional dan Takaful
  3. Hibah Takaful dan Maqasid Al-Shariah
  4. Kepentingan Pengambilan Takaful
  5. Agensi Takaful Sebagai Entiti Perniagaan
  6. Penyampaian Agen Mengenai Takaful Kepada Pelanggan

SIJIL LULUS
Di akhir kursus ini, peserta dikehendaki melengkapkan 50% daripada keseluruhan modul untuk melayakkan diri mendapatkan Sijil Pencapaian Khas.

 

Be the first to add a review.

Please, login to leave a review
Kemahiran Pemasaran Takaful Yang Berkesan
Price:
RM99 RM69