Apabila kita bercakap atau berkomunikasi dengan manusia, kita akan perasan ada yang bersifat pemalu, penakut, peramah, suka keluar berjalan, suka duduk rumah & lain-lain. Stigma manusia apabila orang berlainan perangai kita mula judge dan merasakan orang itu pelik atau bukan normal.
Introvert sering dilabel sebagai satu kekurangan dalam masyarakat. Lebih menyedihkan lagi, individu introvert itu sendiri merasakan perkara sama. Personaliti ekstrovert pula dilihat sebagai satu kelebihan. Stigma ini terjadi kerana kurangnya pendedahan kita tentang psikologi personaliti manusia.
Kursus pendek secara rakaman berdurasi lebih 3 jam ini akan memberi penerangan mengenai tiga jenis personaliti manusia yang biasa kita jumpa setiap hari.
Siri Talk From Home ini di anjurkan oleh Tuan Aiman Amri atau lebih dikenali sebagai Aiman Psikologi di twitter. Seorang Mental Health Advocate yang aktif memberi kesedaran kesihatan mental kepada rakyat Malaysia. Juga penulis buku Autisme: Unik/Pelik, How are you? & Pendiam?
Kursus ini sesuai untuk:
Isi kandungan:
Melalui Talk From Home Siri 1: Kenali Introvert,
Anda akan memahami lebih baik tentang perbezaan personaliti manusia dan mampu empower golongan introvert supaya kenal diri dan sedar bahawa mereka juga ada kekuatan tersendiri.
Ekstrovert sering dianggap satu kelebihan dan kekuatan. Kemampuan mereka untuk bersosial, pandai bercakap, bertenaga bila berada di khalayak ramai, menjadikan seolah-olah personaliti ekstrovert ini satu kayu ukur sukses. Namun, betulkah semua ekstrovert begitu? Dan benarkah ia satu kelebihan untuk seseorang itu?
Melalui Talk From Home Siri 2: Kenali Ekstrovert,
Anda akan memahami lebih baik tentang perbezaan personaliti manusia dan mampu kenalpasti kekuatan golongan ekstrovert dan bagaimana untuk jadikan ia satu kelebihan dalam keberjayaan hidup.
“Bila baca karakter introvert, rasa macam kena dengan diri. Bila baca personaliti ekstrovert, pun rasa boleh relate dengan diri. Sebenarnya aku personaliti yang mana satu?” Pernah berada dalam situasi sebegini? Rasa macam introvert pun 100% tak, nak kata ekstrovert pun tak ada la 100% juga. Rasa macam tengah-tengah, atau boleh fleksibel dua-dua, mungkin?
Melalui Talk From Home Siri 3: Kenali Ambivert,
Anda akan memahami lebih baik tentang ambivert, iaitu golongan pertengahan antara dua personaliti ini dan bagaimana sesuatu yang mengelirukan ini boleh menjadi kelebihan terbesar untuk mereka.