Muzakarah Kewangan Islam Pasca Pandemik: Cabaran & Hala Tuju

Kursus online lebih 8 jam 30 minit ini adalah merupakan rakaman Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara 2021 yang akan mengupas dengan lebih lanjut kesan, cabaran dan hala tuju industri kewangan Islam pasca pandemik yang akan disampaikan oleh pakar-pakar kewangan Islam tersohor. Ia membincangkan secara lanjut tentang krisis ekonomi global semasa yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang berterusan, cabaran yang dihadapi oleh industri kewangan Islam, kesan COVID-19 dan mengemukakan penyelesaian untuk isu fiqh yang timbul berikutnya.

Antara Ilmuan yang menjadi penyampaian dalam kursus ini adalah Dr. Muhd Ramadhan Fitri Ellias (Ketua Jabatan Strategi, Maybank Islamic), Dr. Oni Sahroni (Anggota, Dewan Syariah Nasional Majelis Ulama Indonesia), Ustaz Ahmad Suhaimi bin Yahya (Ketua Serantau, Penasihatan Shariah & Tadbir Urus, CIMB Islamic),Dr. Mohd Aidil Yusrie bin Shari (Badan Penasihat Syariah BIBD), Ustaz Wan Jemizan Wan Deraman (Naib Presiden & Ketua Jabatan Syariah & Perunding Perniagaan, Takaful Ikhlas Family Berhad), Ustaz Muhammad Ali Jinnah (Pengerusi Jawatankuasa Syariah, FWD Takaful Malaysia Berhad), Haji Zakariya Othman (Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Negeri Kedah), Puan Anis Amira binti Amin (Campaign Manager, Kitafund), Dr. Akhtarzaite Binti Hj. Abdul Aziz (Penolong Profesor, Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences, IIUM), Dr. Mohammad Mahbubi Ali (Ketua Unit Ekonomi, Kewangan, Awqaf dan Zakat, IAIS), Dr. Marjan Muhammad (Ketua Kualiti Penyelidikan dan Penyelidik Kanan, ISRA).

ANTARA TOPIK MENARIK YANG AKAN DIULAS
1. Industri Perbankan Islam: Isu-Isu dalam Implementasi Moratorium
2. Pasca Moratorium: Cabaran dan Hala Tuju
3. Industri Takaful: Pindaan Klausa Dana Tabarru’
4. Crowdfunding: Sumber Kewangan Alternatif Ketika Pandemik
5. Penggunaan Dana Zakat bagi Pembiayaan Asnaf yang Terkesan dengan Pandemik

OBJEKTIF KURSUS INI ADALAH UNTUK:
1. Melihat kepada krisis ekonomi global semasa yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang berterusan.
2. Mengkaji cabaran mendalam yang dihadapi oleh industri kewangan Islam berikutan pandemik dan bagaimana pelbagai pihak berkepentingan terutamanya penggubal dasar boleh menyelesaikan isu fiqh yang timbul berikutnya.
3. Menganalisis kesan pandemik COVID-19 ke atas institusi kewangan Islam di samping cabaran yang dihadapi serta menggariskan hala tuju masa depan industri.

SIAPA MESTI SERTAI KURSUS INI?
Pengisian adalah sesuai untuk mereka yang terlibat di dalam industri kewangan Islam dari kalangan :
– Ilmuan Shariah
– Para Banker dan Tenaga Kerja Institusi Kewangan Malaysia
– Ahli Akademik
– Pengkaji dan pelajar
– Pemilik Perniagaan
– Pelabur
– Orang Awam

TOPIK DAN MEDIUM PERBINCANGAN
Penjelasan akan dibuat di dalam Bahasa Malaysia.

Be the first to add a review.

Please, login to leave a review
Muzakarah Kewangan Islam Pasca Pandemik: Cabaran & Hala Tuju
Price:
RM250