Nak Pangkah Apa? Fiqh Memilih Untuk Pilihan Raya

Kursus pendek secara rakaman berdurasi hampir 2 jam ini akan memberi penerangan mengenai cara memilih wakil rakyat mengikut Fiqh yang ... Show more
  • Description
  • Curriculum
  • Reviews
Pertama kali mengundi Atau belum tahu bagaimana mengundi mengikut fiqh Islam Kursus rakaman ini untuk anda! (480 × 355 px) (1)

Kursus pendek secara rakaman berdurasi hampir 2 jam ini akan memberi penerangan mengenai cara memilih wakil rakyat mengikut Fiqh yang betul tanpa memberatkan kepada mana-mana parti politik. Webinar dimulakan dengan pembukaan & penerangan oleh ustaz fauwaz fadzil. Kemudiannya sesi perbincangan & soal jawab. Seterusnya, sesi penerangan isu politik matang serta hukum mengundi oleh pembentang. Sesi perbincangan & soal jawab kedua diadakan. Fasilitator kemudiannya membentangkan perkara berkaitan permasalahan pengundi palsu serta adab mengundi. Hukum-hakam berkaitan pilihan raya juga diterangkan oleh fasilitator. Terakhir, sesi perbincangan & soal jawab ketiga diadakan.

Tujuan kursus ini adalah untuk Memberikan Kefahaman Mengenai Fiqh Pilihan Raya Di Malaysia Kepada Masyarakat Awam.

Penceramah: USTAZ FAUWAZ FADZIL

Kursus ini sesuai untuk:

  • Orang awam yang mahu mempunyai ilmu sebelum mengundi bagi masa depan Keluarga & Malaysia.
  • Mereka yang ragu-ragu dengan hukum mengundi wakil rakyat yang baik, tetapi parti yang dikhuatiri.
  • Mereka yang mahu kepastian terhadap pilihan mereka.

Di akhir kursus ini pelajar akan memahami fiqh pilihan raya di Malaysia.