Kursus pendek bersijil melalui video hampir 5 jam ini memberikan panduan dan pendedahan terhadap konsep umum Kewangan Islam semasa, aplikasi & isu semasa (Peringkat Asas). Kursus ini dibina oleh Elzar Shariah Solutions Sdn Bhd dengan bimbingan Subject Matter Expert, Dr Zaharuddin Abd Rahman. Ia adalah program khas yang disusun untuk platform e-learning myclaaz.com dan mycourse.my. Peserta yang telah menamatkan semua silibus kurikulum dan berjaya dalam ujian akhir akan memperolehi Sijil Eksekutif dalam Kewangan Islam Semasa 1.0.
Melalui kursus ini para peserta akan dapat mempelajari hal berikut :
1. PENDAHULUAN
Pengurusan harta sebagai seorang khalifah Allah
Elemen-elemen utama yang dilarang
-Riba
-Ketidakpastian (Gharar)
-Pertaruhan (Judi)
2. GARIS PANDUAN HALAL PEMBELIAN EMAS
3. PERNIAGAAN & SISTEM MLM
4. FOREX TRADING & HUKUMNYA
5. ISU-ISU PERBANKAN & KEWANGAN ISLAM
Isu Pertama : Kerangka Konvensional & Ubah Nama?
Isu Kedua: Kadar Untung Tinggi ?
Isu Ketiga : Kelebihan Kiraan Perbankan Islam
Isu Keempat : Menjual Dua Kali Ganda Harga
Isu Kelima : Conflict of Interest
Isu Keenam : Produk Berasaskan Hutang & Bukan Perkongsian
Isu Ketujuh : Menggunakan Benchmark Riba