Kursus melalui video hampir 5 jam setengah ini memberikan panduan dan pendedahan terhadap konsep dan aplikasi Sukuk. Bagaimana ianya ditentukan nilai dan harga bagi instrumen ini. Modul ini juga akan menerangkan tentang pengelasan Sukuk dalam instrumen pasarawan kewangan serta penilaian dalam usul jualannya. Kaedah penentuan risiko dalam produk Sukuk ini juga turut akan dibincangkan.Kursus ini melayakkan peserta yang tamat dengan lulus dengan 10 CPE points.
Amat jarang kedapatan kursus atau kelas berkaitan Islamic Capital Market dan produk-produknya yang dijalankan di dalam Bahasa Malaysia. Atas kesedaran tersebut, pihak kami memperkenalkan Modul Kursus Konsep dan Aplikasi Sukuk, Nilai dan Tetapan Harga dibina oleh Elzar Shariah Solutions Sdn Bhd dengan bimbingan Subject Matter Expert, Dr Zaharuddin Abd Rahman bersama Tuan Azahari Abdul Kudus, yang merupakan Bekas Cheif Tresurer Kuwait Finance House dan Pengurus Treasury Department, Islamic Development Bank, Jeddah. Ia adalah program khas yang disusun untuk platform e-learning myclaaz.com dan mycourse.my..
SIAPA MESTI SERTAI KURSUS INI?
TOPIK DAN MEDIUM PERBINCANGAN
Penjelasan akan dibuat di dalam Bahasa Malaysia bagi memberi peluang aplikasi instrumen pelaburan ini dapat difahami sebaiknya bagi mereka yang baru atau sedang mendalaminya serta tidak bersedia dengan istilah-istilah di dalam bahasa Inggeris yang menyukarkan kefahaman awam yang kurang mahir.
Antara Topik yang akan dibincangkan :
1. Pengenalan dan Konsep Sukuk dalam Islam
2. Perbezaan dan persamaan Sukuk dan Bon Konvensional
3. Pengelasan Sukuk
4. Asset Backed dan Asset Based
5. Faktor-Faktor Pengadaran Kredit
6. Risiko Mungkir
7. Evolusi Harga di Pasaran Utama
8. Pasaran Utama dan Pasaran Peringkat Kedua
KUIZ RINGKAS DAN SIJIL LULUS
Di akhir kursus ini, pelajar dikehendaki menjawab 25 soalan kuiz bagi memastikan kefahaman, mereka yang lulus akan layak mendapatkan Sijil Pencapaian Khas. Kursus ini melayakkan peserta yang tamat dengan lulus dengan 10 CPE points.
AKREDASI: 10 MATA CPE
Sekiranya anda seorang pemegang Lesen CMRSL dan ERP, anda boleh menuntut mata CPE anda dengan menghubungi kami di elzarshariah@gmail.com atau 011-2067 7990.
1.PENGENALAN DAN KONSEP SUKUK
a. Definisi Sukuk
b. Ciri-Ciri Sukuk
c. Aplikasi Bon Konvensional
d. Jualan Sukuk Dalam Kontrak Shariah
e. Periwayatan Sukuk dalam Kitab Al-Muwatta'
2. ASAS PENGELASAN SUKUK
a. Penerbitan Sukuk
b. Pengelasan Sukuk
c. Struktur Sukuk Campuran
d. Sukuk 'Asset Backed' dan Sukuk 'Asset Based'
e. Sukuk Convertible dan Sukuk Exchangeable
3. SUKUK SEBAGAI SATU INSTRUMEN PASARAN KEWANGAN
a. Pasaran Sukuk di Pasaran Sekuriti Pendapatan Tetap
b. Peserta Pasaran Utama
c. Pengelasan Penerbit
d. Pengelasan Pelabur
e. Pengelasan Bank Pusat
4. USUL JUALAN PENILAIAN SUKUK
a. Penilaian Sukuk Di Pasaran Kewangan
b. Kegunaan Penerimaan Sukuk
c. Sumber Bayaran Semula
d. Kadar Hasil dan Kadar Kupon
5. PENENTU ‘r'
a. Komponen Jangkaan Kadar Hasil
b. Sebutan Kadar Bebas Risiko dan Premium Inflasi
c. Risiko Mungkir
d. Pengadaran Kredit
e. Faktor-Faktor Pengadaran Kredit
6. PASARAN UTAMA DAN PASARAN PERINGKAT KEDUA
a. Pengasalan dan Dagangan
b. Penemuan Harga
c. Pasca Pengumuman
d. Selepas Penerbitan Sukuk
e. Pasaran Peringkat Kedua
f. Kesimpulan