Pengenalan Asas & Aplikasi "Ethical Hacking"

Kursus online berdurasi selama 3 jam ini adalah merupakan rakaman daripada kursus Pengenalan Ethical Hacking yang disampaikan oleh Dr Muhammad ... Show more
11 Students enrolled
0
0 reviews
  • Description
  • Curriculum
  • Reviews
THUMB HACKING

Kursus online berdurasi selama 3 jam ini adalah merupakan rakaman daripada kursus Pengenalan Ethical Hacking yang disampaikan oleh Dr Muhammad Reza Zaba, Pensyarah di Fakulti Komputer Sains dan Teknologi Maklumat dari Universiti Malaya. Kursus ini membincangkan secara lanjut tentang konsep asas dalam Ethical Hacking dan proses mengesan kelemahan dalam aplikasi, sistem atau infrastruktur organisasi yang boleh digunakan oleh penyerang untuk mengeksploitasi sistem pengkomputeran milik individu atau organisasi. Proses “Ethical Hacking” ini juga boleh diaplikasikan untuk mencegah serangan siber dan pelanggaran keselamatan dengan menggodam sistem secara sah dan mencari titik lemah sesebuah sistem.

ANTARA TOPIK MENARIK YANG AKAN DIULAS:
1. Introduction to Ethical Hacking
2. Kali Linux
3. SQL Injection
4. Password Brute Force
5. Metasploit Framework

PADA KURSUS AKHIR INI, PARA PESERTA AKAN DAPAT
1. Memahami konsep dalam penembusan komputer
2. Mengaplikasi beberapa teknik penembusan komputer
3. Melindungi peranti pengkomputeran daripada dicerobohi

SIAPA MESTI SERTAI KURSUS INI?
Pengisian adalah sesuai untuk mereka yang terlibat di dalam industri kewangan Islam dari kalangan :
– Ilmuan IT
– Ahli Akademik
– Pengkaji dan pelajar
– Sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari penggodaman / ujian penembusan beretika
– Sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui cara penggodam menggodam sistem komputer
– Sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari cara melindungi sistem daripada penggodam

TOPIK DAN MEDIUM PERBINCANGAN
Penjelasan akan dibuat di dalam Bahasa Malaysia.