Kursus pendek bersijil melalui video hampir 3 jam ini memberikan panduan dan pendedahan berkaitan strategi seseorang usahawan, pengasas syarikat pemula ( Start-up) dan proses bertahan serta mengembangkannya adalah sangat sukar, lebih 90 % dari syarikat pemula gagal berkembang dan terpaksa ditutup setelah beberapa tahun perjuangannya. Kursus ini berkongsi teknik, kaedah dan pelbagai isu berkaitan termasuk perbicnangan hukum syara’ terhadap beberap ateknik bisnes online yang sangat berkembang pesat dewasa ini.
PANEL PEMBENTANG
1. Dr Zaharuddin Abd Rahman
Pengarah Urusan Myclass Technologies Sdn Bhd & Elzar Shariah Solution Sdn Bhd
Pengasas ShariahScreener.com
2. Nik Muhammad Amin
CEO dan Pengasas, Moovby
3. Dr Aslan Bacho
CEO dan Pengasas, MDC Asia Link Berhad
4. Dr Zee Fitri
CEO MyDental Care Sdn Bhd
5. Dato’ Seri Syed Zainal Abidin Syed Tahir
CEO DNEX Berhad
APA YANG DIKONGSI?
1. Jenis penubuhan syarikat. Apa yang perlu dan tidak.?
2. Jenis bisnes yang ingin dipilih.
3. Bisnes digital dan kriteria
4. Anggaran modal bagi bisnes digital, e-commerce, platform etc
5. Pembentukan pasukan pengasas (Founders)
6. Ringkas fund Raising process and pilihan yang ada.
7. Bisnes model dan kepentingannya
8. Strategi pemasaran, kepentingannya & beberapa teknik
9. Cabaran COVID terhadap bisnes dan teknik hadapi kejtauhan jualan.
11. Cabaran digital terhadap bisnes tradisi dan apa patut dilakukan.?
12. Penentuan profit margin, kos operasi, penggajian, pembahagian shares.
13. Ratio & Statstik penting ukur bisnes digital seperti CAC, Churn Rate, Burn Rate, Conversion Rate, Sale per customer, Return Customer etc.
14. Bisnes Sebagai Side Income
15. Pemilihan Jenis Bisnes Yang Diperlukan
16. Cara memulakan Bisnes
17. Perjalanan Awal Bisnes
18. Perkara Negatif Yang Perlu Dielakkan
19. Ciri Usahawan berjaya
20. Soal Jawab :
a. Micro managing
b. Pembahagian Masa dan Bisnes
c. Modal dan Bisnes
Tujuan kursus ini untuk berkongsi pengetahuan dan serta idea positif dengan seluruh usahawan yang sedang berhempas pulas menghadapi ujian COVID19 dan juga letusan digital hasil Revolusi Industri 4.0. Pertukaran idea dan pengalaman yang positif mampu menganjakkan usahwan dan bisnes ke hadapan. Justeru kami menjemput semua usahawan muda, dewasa dan berpengalaman untuk turut serta dalam webinar kami.