Prosedur Pensijilan Halal Makanan & Kosmetik

Sektor Kosmetik, Perubatan dan Pemakanan merupakan bidang industri yang amat besar di dunia. Dengan peratusan masyarakat Islam yang majoriti di Malaysia, pemilihan produk halal telah menjadi satu kriteria utama bagi pemilihan produk kosmetik, pemakanan dan tidak terkecuali produk perubatan dalam kalangan pengguna Islam. Konsep halal di dalam produk-produk ini juga bukan sahaja tertumpu kepada pengguna Islam, malah pengguna bukan Islam juga sudah mula berminat untuk menggunakan produk-produk halal tidak kira di peringkat domestik mahupun luar negara. Konsep halal ini meliputi semua aspek sistem pengurusan. Ia bukan sahaja tertumpu kepada aspek pengeluaran, tetapi ia juga merangkumi cara mendapatkan bahan halal, malah semua aspek mesti diambil kira, seperti prosedur pembuatan, pembungkusan penyimpanan dan logistik.

Kursus bersijil berdurasi lebih daripada 3 jam ini akan membincangkan isu halal di dalam sektor kosmetik, perubatan & pemakanan. Perbincangan ini terbahagi kepada tiga bahagian dan akan dibimbing oleh:

  1. Puan Mahellah & Cik Azurah Abd Aziz panel dari Virtual Halal School
  2. Tuan Haji Saifol yang merupakan penasihat kepada Korean Institut of Halal Industry (KIHI)

Objektif kursus ini adalah untuk:

  1. Memberi pendedahan tentang ilmu halal disebalik produk kosmetik
  2. Memberi pendedahan tentang isu-isu halal disebalik produk perubatan
  3. Memberi pendedahan tentang produk makanan yang diragui

Siapa yang sesuai mengikuti kursus ini?

  • Semua yang berminat untuk belajar tentang kosmetik, halal korea & gelatin
  • Mereka yang berminat membuka perniagaan berkaitan kosmetik & pemakanan
  • Mereka yang meminati makanan dari luar negara

Di dalam kursus ini anda akan mempelajari:

  • Isu-isu halal dalam perubatan (Farmaseutikal)
  • Kenapa kosmetik perlu Halal?
  • Gelatin: Halal atau Haram?
  • Halal di negara Korea

Di akhir kursus ini anda akan:

  • Faham dengan lebih mendalam tentang topik-topik dan isu berkaitan kosmetik
  • Memahami topik-topik dan isu berkaitan halal korea, pasaran & pensijilan
  • Memahami topik dan isu tentang gelatin

 

Be the first to add a review.

Please, login to leave a review
Prosedur Pensijilan Halal Makanan & Kosmetik
Price:
RM79.60