Reka Grafik 3D : Asas 'Modeling' & Animasi

Kursus bersijil yang berdurasi 3 jam ini bertujuan untuk mengajar cara-cara untuk membuat 3d modelling menggunakan perisian 3D Percuma Blender. Dengan ... Show more
27 Students enrolled
0
0 reviews
  • Description
  • Curriculum
  • Reviews
POSTER ANIMASI

Kursus bersijil yang berdurasi 3 jam ini bertujuan untuk mengajar cara-cara untuk membuat 3d modelling menggunakan perisian 3D Percuma Blender. Dengan kebangkitan Blender versi 2.8, seni 3d mula mendapat nama di seluruh dunia.Ini kerana Blender merupakan perisian 3D PERCUMA yang mampu menghasilkan animasi dan grafik 3D setanding perisian 3D lain yang ada di pasaran. Kursus ini sangat sesuai untuk pemula yang nak belajar asas 3D modelling. Dalam kursus ini, anda akan mempelajari bagaimana untuk menggunakan Blender bagi menghasilkan bilik 3D isometrik. Saya akan tunjukkan cara menggunakan modeling tools di dalam Blender, cara untuk navigasi dan menggunakan shortcut, cara untuk menyediakan pencahayaan dan juga tetapan untuk render. Anda akan mempelajari cara mudah untuk model perabot-perabot low-poly dan juga cara menggunakan ‘modifier’ untuk mempercepatkan proses modeling.

Profil Pengajar

Asrul Nasiruddin adalah Head of Training di Efxco Creative Skills & Senior Compositor di Wau Animation yang mengeluarkan animasi Ejen Ali.

Objektif Kursus

  • Pelajari cara menggunakan Blender, sebuah perisian 3D percuma
  • Pelajari cara membuat model low poly
  • Pelajari cara penetapan cahaya dan render

Siapa Yang Patut Menyertai Kursus Ini

  • Pekerja Grafik
  • Pelajar Universiti
  • Orang awam yang berminat

Pelajar akan mempelajari perkara yang berikut:
– Interface Blender
– Tools penting untuk membuat model
– Modifier yang sering digunakan untuk membuat model
-Teknik mudah dan ringkas untuk membuat model 3D
-Teknik pencahayaan di dalam dunia 3D
-Penetapan untuk render Cycles

Di akhir Kursus ini anda akan belajar:

  • Menggunakan Blender dengan selesa
  • Menghasilkan model asas dengan mudah
  • Menghasilkan render akhir yang cantik