Kursus ringkas bersijil berdurasi selama 2 jam ini bertujuan untuk membantu para eksekutif atau pekerja untuk memantapkan kemahiran membina atau merekabentuk slide yang berkualiti menggunakan Microsoft Power Point. Di dalam bengkel ini peserta akan di ajar bagaimana merekabentuk slide yang menarik dan moden menggunakan Microsoft Power Point. Teknik yang di ajar dalam bengkel ini amat mudah untuk difahami dan dipraktikkan.
Objektif Kursus ini adalah:
- Mengetahui asas penggunaan fungsi pada Microsoft Power Point
- Mempelajari Konsep Asas hingga Lanjutan menghasilkan Slide Power Point
- Menambahbaik kemahiran merekabentuk Slide yang berkualiti
Antara kandungan kursus ini adalah:
- Cara mudah merekabentuk logo
- Cara mudah merekabentuk infografik dan Ikon
- Cara mudah merekabentuk background
- Cara mudah buat Isi Kandungan (Slide Zoom)
Di akhir kursus ini pelajar akan boleh:
- Merekabentuk dan menyusun tulisan pada logo dengan menarik dan elegan.
- Merekabentuk Infografik bergambar menggunakan template atau membuat sendiri template 3.
- Membuat Isi kandungan menggunakan fungsi Slide Zoom