Strategi Pelaburan Hartanah Patuh Shariah

32 Students enrolled
0
0 reviews
  • Description
  • Curriculum
  • Reviews
thumb tanah

Kursus ringkas bersijil berdurasi selama 4 jam ini bertujuan untuk membantu merungkaikan asas fundamental dan strategi pelaburan hartanah secara patuh Shariah. Kursus ini dibimbing oleh tiga orang panel utama, iaitu Tuan Azlan al-Amin, Pengarah Urusan Azlan al-Amin Properties, Dr Zaharuddin Abd Rahman, Pengarah Urusan Elzar Shariah Solution Sdn Bhd dan juga Tuan Ahyat Ishak, pengasas Pejuang Hartanah.

Umumnya, pelaburan hartanah ialah pelaburan suatu jenis hartanah bagi mendapatkan keuntungan hasil daripada pembelian tersebut, sama ada melalui keuntungan aliran tunai (cash flow) atau kenaikan harga hartanah (capital appreciation). Namun, sebelum melabur dalam industri hartanah, para pelabur perlu membuat kajian secara terperinci terhadap hartanah tersebut bagi memastikan hartanah yang dibeli menguntungkan. Pada pandangan orang ramai, melabur hartanah senang dan boleh beri keuntungan yang besar. Hakikatnya tidak semudah yang disangka. Bukan semua pelabur hartanah berjaya mendapat keuntungan seperti yang diharapkan. Hal ini kerana setiap pelaburan itu mempunyai risikonya tersendiri. Pelabur hartanah yang bijak akan buat perancangan teliti terlebih dahulu sebelum melabur. Tindakan ini wajar dan wajib dilakukan bagi mengelakkan kerugian yang besar.

Antara intipati kursus pendek ini adalah:

1. Mutiara Motivasi dan Rahsia Seorang Pengutip Sampah kepada Jutawan Hartanah
2. Asas Fundamental Industri Hartanah
3. Pelaburan Hartanah Menurut Perspektif Shariah
4. Isu-Isu Semasa Kepatuhan Shariah dalam Pelaburan Hartanah
5. Perbahasan Zakat Hartanah
6. Steps dan Strategi Pelaburan Hartanah

Kursus ini sesuai untuk:

Pelabur Hartanah
Pemain Industri Hartanah
Orang Awam