Kursus pendek bersijil melalui video hampir 29 jam ini memberikan panduan dan pendedahan tentang sebuah kitab yang dikarang oleh Imam Yahya bin Syaraf an-Nawawi, kitab ini menerangkan tentang tatacara dan amalan-amalan yang utama untuk digunakan untuk berzikir mengingati Allah swt bersumberkan al-Quran dan Sunnah. Pembentangan dibuat oleh Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman. Lulusan Sarjana Universiti Al-Yarmouk, Jordan dan PhD di United Kingdom serta sijil ijazah ilmiah dari Sheikh Dr Yusof Al-Qaradawi.
Video ini mengenai latar belakang ringkas pengarang kitab al-Azkar iatu Imam an-Nawawi
Video ini mengenai tujuan dan sebab imam an-Nawawi merasakan perlunya mengarang kitab al-Azkar ini
Anda perlu dengar video dan kenalpasti tajuk yang akan dikupas dan kemudian mencari hadis yang sama dibaca oleh penceramah dalam terjemahan ini.
Anda perlu dengar video dan kenalpasti tajuk yang akan dikupas dan kemudian mencari hadis yang sama dibaca oleh penceramah dalam terjemahan ini.
Video ini mengenai tatacara yang perlu kita lakukan untuk bersolat ketika kita tidak boleh berwudhu' dan juga definisi majlis zikir oleh imam an-Nawawi
Video ini mengenai hadis-hadis yang lemah dan hukum beramal dengan hadis-hadis tersebut dalam banyak konteks seperti ibadah, muamalat dan lain-lain
Video ini mengenai zikir-zikir yang utama yang patut kita utamakan dalam melakukan melebihi zikir-zikir yang lain
Video ini mengenai "hati" yang bukan merujuk kepada organ dalam tubuh manusia akan tetapi sesuatu yang berkait dengan kerohanian dan bagaimana cara untuk menghidupkannya
Video ini mengenai ganjaran kepada orang-orang yang berzikir yakni syurga dan apakah status penciptaannya pada waktu ini.
Video ini mengenai berbagai variasi dan cara-cara yang pernah dilakukan oleh nabi untuk memulakan tiap tiap satu perkara iaitu membaca basmallah.
Video ini mengenai apa yang dimaksudkan sebagai tawakkal, ciri-ciri tawakkal dan apakah kriteria yang perlu seseorang itu ada sebelum dia dikira sebagai orang yang bertawakkal
Video ini mengenai pensyariatan azan untuk umat islam dan tatacara untuk melalukan dan menjawab azan dan juga iqamah dengan sempurna sebelum solat
Video ini mengenai syarat-syarat yang seseorang mesti penuhi sebelum seseorang itu dapat mengerjakan zikir terbesar dan juga rukun-rukun dan tatacara untuk mengerjakan zikir terbesar ini
video ini mengenai rukun-rukun didalam solat iatu niat dan membaca doa iftitah dan cara-cara untuk membacanya yang telah nabi ajarkan kepada kita
Video ini mengenai perbezaan mazhab-mazhab tentang cara-cara untuk membaca al-Fatihah ketika solat.
Video ini mengenai rukuk dan i'tidal dan variasi pembacaannya mengikut pelbagai sumber hadis yang dijadikan sumber oleh mazhab-mazhab terdahulu.
Video ini mengenai pembacaan doa Qunut di dalam solat fardhu dan pendapat-pendapat mazhab terdahulu tentang hukum pembacaanya.
Video ini mengenai pembacaan untuk sujud dan ketika kita bangun daripada sujud.
Video ini mengenai cara bacaan tasyahud ketika kita sedang berada di dalam keadaan tahiyyat sama ada awal ataupun akhir.
Video ini mengenai lafaz salam yang dilakukan ketika kita hendak mengakhiri solat.