Syarah Terpilih Kitab al-Azkar Al-Nawawi

Kursus pendek bersijil melalui video hampir 29 jam ini memberikan panduan dan pendedahan tentang sebuah kitab yang dikarang oleh Imam Yahya bin Syaraf an-Nawawi, kitab ini menerangkan tentang tatacara dan amalan-amalan yang utama untuk digunakan untuk berzikir mengingati Allah swt bersumberkan al-Quran dan Sunnah. Pembentangan dibuat oleh Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman. Lulusan Sarjana Universiti Al-Yarmouk, Jordan dan PhD di United Kingdom serta sijil ijazah ilmiah dari Sheikh Dr Yusof Al-Qaradawi.

 

Menerusi kursus ini anda akan mempelajari hal berikut :

  • Pengenalan dan Biografi Ringkas Imam an-Nawawi
  • Tujuan Penulisan Kitab al-Azkar
  • Bertayammum, Solat Hormat Waktu & Majlis Zikir
  • Beramal dengan Hadis Dhaif
  • Qadha Perkara Sunat & Zikir Yang Lebih Utama
  • Cara Menghidupkan Mata Hati & Sadaqah
  • Adakah Syurga dan Neraka Telah Diciptakan & Cara Untuk Menanam Pokok di Syurga
  • Membaca Basmallah & Pakaian Sunnah
  • Jenis-Jenis Tawakkal & Pengertian Sesat
  • Hukum & Cara Azan Dan Iqamah
  • Syarat & Rukun Solat
  • Cara-Cara Niat Untuk Solat & Doa Iftitah
  • Cara dan Hukum Membaca al-Fatihah Ketika Solat Jemaah & Ayat Pertama al-Fatihah
  • Pembacaan Ketika Rukuk & I’tidal
  • Membaca Doa Qunut Ketika Solat
  • Sujud Dan Zikir Ketika Bangun Dari Sujud
  • Cara Bacaan Tasyahud (Tahiyat Awal Dan Akhir)
  • Lafaz Salam Diakhir Solat

Pengenalan:

1
Pengenalan dan Biografi Ringkas Imam an-Nawawi
1 hour 40 min

Video ini mengenai latar belakang ringkas pengarang kitab al-Azkar iatu Imam an-Nawawi

2
Tujuan Penulisan Kitab al-Azkar
2 hour

Video ini mengenai tujuan dan sebab imam an-Nawawi merasakan perlunya mengarang kitab al-Azkar ini

3
PDF Kitab Terjemahan Bahagian 1
76 pages

Anda perlu dengar video dan kenalpasti tajuk yang akan dikupas dan kemudian mencari hadis yang sama dibaca oleh penceramah dalam terjemahan ini.

4
Pdf Kitab Terjemahan Bahagian 2
61 pages

Anda perlu dengar video dan kenalpasti tajuk yang akan dikupas dan kemudian mencari hadis yang sama dibaca oleh penceramah dalam terjemahan ini.

Topik Pilihan Yang Diulas

1
Bertayammum, Solat Hormat Waktu & Majlis Zikir
2 hour

Video ini mengenai tatacara yang perlu kita lakukan untuk bersolat ketika kita tidak boleh berwudhu' dan juga definisi majlis zikir oleh imam an-Nawawi

2
Beramal dengan Hadis Dhaif
1 hour 30 min

Video ini mengenai hadis-hadis yang lemah dan hukum beramal dengan hadis-hadis tersebut dalam banyak konteks seperti ibadah, muamalat dan lain-lain

3
Qadha Perkara Sunat & Zikir Yang Lebih Utama
1 hour 40 min

Video ini mengenai zikir-zikir yang utama yang patut kita utamakan dalam melakukan melebihi zikir-zikir yang lain

4
Cara Menghidupkan Mata Hati & Sadaqah
1 hour 40 min

Video ini mengenai "hati" yang bukan merujuk kepada organ dalam tubuh manusia akan tetapi sesuatu yang berkait dengan kerohanian dan bagaimana cara untuk menghidupkannya

5
Adakah Syurga dan Neraka Telah Diciptakan & Cara Untuk Menanam Pokok di Syurga
1 hour 40 min

Video ini mengenai ganjaran kepada orang-orang yang berzikir yakni syurga dan apakah status penciptaannya pada waktu ini.

6
Membaca Basmallah & Pakaian Sunnah
1 hour 40 min

Video ini mengenai berbagai variasi dan cara-cara yang pernah dilakukan oleh nabi untuk memulakan tiap tiap satu perkara iaitu membaca basmallah.

7
Jenis-Jenis Tawakkal & Pengertian Sesat
1 hour 20 min

Video ini mengenai apa yang dimaksudkan sebagai tawakkal, ciri-ciri tawakkal dan apakah kriteria yang perlu seseorang itu ada sebelum dia dikira sebagai orang yang bertawakkal

8
Hukum & Cara Azan Dan Iqamah
1 hour 50 min

Video ini mengenai pensyariatan azan untuk umat islam dan tatacara untuk melalukan dan menjawab azan dan juga iqamah dengan sempurna sebelum solat

9
Syarat & Rukun Solat
1 hour 40 min

Video ini mengenai syarat-syarat yang seseorang mesti penuhi sebelum seseorang itu dapat mengerjakan zikir terbesar dan juga rukun-rukun dan tatacara untuk mengerjakan zikir terbesar ini

10
Cara-Cara Niat Untuk Solat & Doa Iftitah
1 hour 20 min

video ini mengenai rukun-rukun didalam solat iatu niat dan membaca doa iftitah dan cara-cara untuk membacanya yang telah nabi ajarkan kepada kita

11
Cara dan Hukum Membaca al-Fatihah Ketika Solat Jemaah & Ayat Pertama al-Fatihah
55 min

Video ini mengenai perbezaan mazhab-mazhab tentang cara-cara untuk membaca al-Fatihah ketika solat.

12
Pembacaan Ketika Rukuk & I'tidal
1 hour 50 min

Video ini mengenai rukuk dan i'tidal dan variasi pembacaannya mengikut pelbagai sumber hadis yang dijadikan sumber oleh mazhab-mazhab terdahulu.

13
Membaca Doa Qunut Ketika Solat
1 hour 10 min

Video ini mengenai pembacaan doa Qunut di dalam solat fardhu dan pendapat-pendapat mazhab terdahulu tentang hukum pembacaanya.

14
Sujud Dan Zikir Ketika Bangun Dari Sujud
1 hour 50 min

Video ini mengenai pembacaan untuk sujud dan ketika kita bangun daripada sujud.

15
Cara Bacaan Tasyahud (Tahiyat Awal Dan Akhir)
1 hour 20 min

Video ini mengenai cara bacaan tasyahud ketika kita sedang berada di dalam keadaan tahiyyat sama ada awal ataupun akhir.

16
Lafaz Salam Diakhir Solat
1 hour 10 min

Video ini mengenai lafaz salam yang dilakukan ketika kita hendak mengakhiri solat.

1
Kuiz Kefahaman al-Azkar
5 questions

Be the first to add a review.

Please, login to leave a review
Syarah Terpilih Kitab al-Azkar Al-Nawawi
Price:
RM159 RM39