Kursus ringkas padat bersijil selama 4 jam ini ini dicipta khas untuk membantu lepasan universiti dan mereka yang kehilangan kerja untuk masuk kembali ke alam pekerjaan professional. Kursus ini mengandungi teknik serta tips-tips dalam membuat persediaan sebelum layak dipanggil temuduga dan lulus temuduga. Huraian kursus ini akan disampaikan oleh Dr Zaharuddin yang akan berkongsi tentang persediaan memasuki alam pekerjaan dan Coach Nik Faiz yang sangat berpengalaman untuk membantu pelajar-pelajar universiti, politeknik, kolej komuniti, terutamanya bagi pelajar yang sedang berada di tahun akhir pengajian yang akan mengorak langkah ke alam pekerjaan.
TOPIK HURAIAN
● Hasilkan resume dengan step by step guide untuk hasilkan resume
● Peserta dapat siap resume dan ready untuk apply kerja
● Persediaan temuduga sebelum / semasa dan selepas
● Contoh script / cara menjawab soalan temuduga
● Contoh soalan-soalan temuduga
● Waktu dan Tempoh Menjawab Soalan Penemuduga
● Sikap dan gaya sewaktu Temuduga
DIAKHIR KURSUS INI PARA PESERTA AKAN DAPAT:
1. Merancang teknik dan strategi yang boleh digunakan untuk memantapkan lagi resume anda.
2. Mempelajari rahsia dan tips-tips yang berguna sewaktu temuduga.
3. Membuat perancangan dan persiapan menjawab soalan-soalan ‘killer’ daripada bakal majikan atau penemuduga.
KUIZ RINGKAS DAN SIJIL LULUS
Di akhir kursus ini, pelajar dikehendaki menjawab 25 soalan kuiz bagi memastikan kefahaman, mereka yang lulus dengan markah 50% ke atas akan layak mendapatkan Sijil Pencapaian Khas.